Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Berjaya Menghasilkan Bateri Yang Boleh Megecas Lima Kali Lebih Pantas Menggunakan Bebola Grafena - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Berjaya Menghasilkan Bateri Yang Boleh Megecas Lima Kali Lebih Pantas Menggunakan Bebola Grafena

Teknologi bateri tidak berkembang sepantas kepantasan pemproses pada peranti. Oleh sebab itu pemproses yang lebih efisien dengan tenaga terpaksa dibangunkan kerana kapasiti bateri yang besar pula menyebabkan ia mengambil masa yang lama untuk dicas. Ini ialah sebab mengapa bateri pada peranti utama saban tahun semakin kecil walaupun pemproses semakin berkuasa.

Saintis dari Samsung Advanced Institute of Technology (SAIT) yang merupakan sayap penyelidikan Samsung telah berjaya menghasilkan bateri yang mengecas lima kali lebih pantas dengan penggunaan bebola grafena (graphene), Dengan pengenalan grafena ke dalam bateri Li-ion, kepadatan kapasiti bateri juga meningkat sebanyak 26.7% berbanding bateri Li-ion biasa.

Bateri dengan bebola grafena ini turut boleh beroperasi pada suhu 60 darjah Celsius. Ini memberikannya potensi sebagai bateri untuk kenderaan elektrik di masa hadapan. Pada waktu yang sama bateri masih boleh mengekalkan 78.6% kapasiti asal selepas 500 kali kitaran pengecasan lengkap. Teknologi ini telahpun dipatenkan oleh Samsung tetapi kertas kerja penemuan ini telah dikongsi ke jurnal Nature untuk bacaan umum.

Dengan teknologi ini masalah bateri yang tidak bertahan lama mungkin tidak akan lagi menjadi masalah kerana masa mengecas akan menjadi amat singkat.

Sumber Nature menerusi ZDNet



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AAwYBM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.