Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selesaikan sebelum lebih parah: Ahmad Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selesaikan sebelum lebih parah: Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Malaysia menuntut Myanmar menyelesaikan segera isu penindasan ke atas etnik pelarian Rohingya sebelum ia bertambah parah.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia tidak memusuhi Myanmar kerana kedua-duanya adalah negara anggota ASEAN.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, isu itu harus diselesaikan segera kerana ia penting di rantau ASEAN.

"Kita tuntut Myanmar selesaikan isu Rohingya," katanya pada majlis penutup Persidangan Khayr Ummah 2017 anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi (KHEI-KSA), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pertubuhan Al-Khaadem dan Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) di sini, hari ini. 

Hadir sama Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Sheikh Saleh Bin Abdul Aziz Al Ash-Sheikh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Fuad Zarkarshi.

Turut hadir Pengerusi ILMU, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Presiden Pertubuhan Al-Khaadem, Hussain Yee Abdullah.

Lebih 620,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu akibat operasi berdarah tentera Myanmar, sekali gus menimbulkan kecaman dunia ke atas konflik kemanusiaan di barat Myanmar itu.

Ahmad Zahid berkata, umat Islam tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan memerhati isu penindasan serta keganasan yang membelenggu umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, ia termasuk isu konflik di Yaman, Syria, Iraq, Afghanistan, Palestin, keganasan di Marawi (Filipina) dan Rohingya di Myanmar.

"Umat Islam harus bergerak sebagai satu pasukan," katanya merujuk kepada isu memerangi ekstremisme dan isu berkaitan umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, umat Islam memerlukan pendekatan bersama dalam menangani keganasan.

Katanya, ia termasuk membetulkan salah faham barat yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan berikutan tindakan kelompok tertentu.

"Kita perlu strategikan semula pendekatan, terutama persepsi dan prasangka masyarakat dunia kepada Islam dan penganutnya," katanya.

Persidangan dua hari bermula semalam dihadiri lebih 1,200 peserta merangkumi ulama, tokoh agama, pemikir Islam, ahli akademik dan mahasiswa dari lapan negara anggota ASEAN.



Sumber Selesaikan sebelum lebih parah: Ahmad Zahid

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hUiFg4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.