Siti Nurhaliza Bakal Timang Anak Perempuan?
Sangat teruja dengan kandungan bayi sulungnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi baru-baru ini di Instagramnya. Menurut suara yang dipercayai doktor Siti, beliau secara tidak langsung mendedahkan penyanyi itu bakal menimang bayi perempuan.
BACA: 11 Tahun Usaha, Siti Nurhaliza Kini Hamil 4 Bulan
Menerusi perkongsian tersebut, Siti yang sangat gembira melihat aksi bayinya pada monitor ultrasound turut memuat naik kepsyen menggelarkan dirinya ‘ibu’. Berkongsi kegembiraan itu, penuh ruangan komen Siti dibanjiri dengan ucapan tahniah dan tidak sabar menantikan bayi sulung pasangan itu.
Apalagi apabila video itu secara tidak langsung mendedahkan jantina bayi sulung pasangan itu. Masih belum diketahui kesahihannya, kerana empunya badan pun masih belum memaklumkan berita itu kepada umum. Tapi kalau benar bayi perempuan, pasti cantik dan sedap suara seperti ibunya.
Bagaimanapun video yang dikongsikan Siti beberapa hari lalu telah dipadam dari akaun media sosialnya. Tidak pasti apa sebabnya, tetapi diharapkan Siti terus menjaga kesihatan dengan baik. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A7TtwO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment