Elyana pejuang sebenar – Jihan Muse
Tampil mengumumkan penderitaan yang ditanggung lebih tujuh tahun akibat kanser limfoma, Elyana menerima ribuan kata-kata semangat daripada peminat dan rakan artis yang rata-rata terkejut dengan berita tersebut.
Pengacara, Jihan Muse dalam gambar baharu yang dimuat naik berkata, Elyana seharusnya dijadikan contoh supaya kita sesekali tidak berputus asa dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup.
“Terima kasih anakku kerana kuat bantu emakmu bekerja. Tetapi ada yang lebih kuat daripada mu. Semoga kita dapat mengambil dia sebagai contoh untuk sesekali tidak berputus asa dalam hidup.
“Sentiasa senyum, positif dan menggembirakan orang lain. Dialah pejuang sebenar,” kata Jihan yang turut memuat naik gambarnya bersama Elyana.
Dalam pada itu, pelakon, Sherry Ibrahim juga berkata, dia sudah mengetahui tentang penderitaan Elyana dan tidak mahu menunjukkan reaksi sedih supaya rakan baiknya itu sentiasa kuat semangat.
“Kepada sahabat saya yang cantik, berbakat, rendah diri, penyayang dan seorang yang saya cukup sayangi. Apa yang awak buat hari ini sangat berani dan ya, awak sentiasa menjadi Wonder Women yang saya banggakan.
“Tak tahu hendak cakap apa, tetapi saya hanya boleh mendoakan kesihatan dan mengetahui perkembangan awak dari jauh. Awak adalah rakan paling baik saya yang sempoi sepanjang saya berada dalam industri,” jelas Sherry yang mula bersahabat dengan Elyana menerusi drama Dunia Baru.
Malam tadi Elyana mengumumkan dia merupakan penghidap kanser limfoma tahap empat ketika memberi ucapan penyingkirannya dalam program Gegar Vaganza 2017.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Elyana pejuang sebenar – Jihan Muse
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AcjCeF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment