Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Perkara Sir Richard Branson, Pemilik Empayar Virgin Group Buat Setiap Hari. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Perkara Sir Richard Branson, Pemilik Empayar Virgin Group Buat Setiap Hari.

Empayar besar Virgin Records yang ditubuhkan pada tahun 1972 ini dimiliki oleh Sir Richard Branson. Pemilik syarikat yang berpengaruh itu kemudian menubuhkan konglomerat Kumpulan Virgin, diberikan darjah kebesaran oleh Ratu England dan memiliki harta sekitar $5 bilion.

Pemilik tempat ketujuh orang paling kaya di United Kingdom ini memiliki peribadi yang cantik dalam menjalani kehidupan sehariannya. Kekayaan tidak pernah mengelapkan matanya untuk menikmati kehidupan seperti orang lain.

Menurut laman web Virgin, Sir Richard Branson tidak memasang niat untuk bersara kerana beliau ingin menghabiskan sisa hidupnya membuat kerja amal.

Benson hanya melakukan apa yang diminati seperti mana Steve Jobs mengasaskan Apple bagi merealisasikan impiannya untuk menghasilkan komputer dan gajet baharu manakala Bill Gates menerusi Microsoft bertujuan memperkenalkan perisian komputer ciptaannya.

7 cara diamalkan oleh Sir Richard Branson sehingga berjaya meraih kekayaan dengan caranya tersendiri.

#1-Bangun Seawal 5 Pagi

Seawal pagi merupakan waktu paling disukai Branson. Beliau mempunyai masa yang lebih efektif untuk lakukan sesuatu pekerjaan

Ini kerana pada awal pagi akan jauh dari gangguan luar seperti bunyi bising. Beliau  bebas melakukan apa sahaja kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini untuk diselesaikan.

Ramai orang merasakan “lagi lama tidur lagi bagus,badan dapat rehat secukupnya” ataupun “bangun awal pagi ni menyebabkan kita lesu dan penat seharian”. Bukan maksudnya tidur tiada manfaat tapi bangun awal pagi itu lagi besar manfaatnya.

Tahukah anda, Presiden Starbucks Michelle Gaas selama 15 tahun telah set alarm jam seawal 4.30 pagi untuk mulakan larian jogging beliau.

Gretchen Ruben penulis buku bestseller “The Happines Project” bangun awal pagi untuk bekerja sekurang-kurangnya 1 jam sebelum ahli keluarganya yang lain bangun.

#2-Sentiasa Produktif

Branson sentiasa berfikir proaktif tidak hanya respons kepada sesuatu masalah yang dihadapi tetapi difikirkan bagaimana sesuatu masalah itu dapat dileraikan dan jalan keluarnya dicari.

Baginya, sesuatu masalah tidak hanya dilihat sebagai masalah, ia dikaji dan diteliti sebab-musababnya, dicari jalan keluarnya dan diberi alternatifnya.

Beliau sentiasa memastikan kesemua perniagaannya berjalan lancar selain mengemas kini sendiri pelbagai platform media sosialnya, menulis blog, membaca berita dan berkomunikasi dengan kakitangan di seluruh dunia.

#3-Bekerja Dari Necker Island

Berbeza dengan cara jutawan yang lain yang suka memakai kot dan berada di pejabat, Branson menikmati waktu kerjanya di Necker Island.

Otaknya yang sentiasa ligat untuk menjana wang berjuta buat syarikatnya diilhamkan di Pulau kegemarannya, bersantai dalam berkerja adalah perkara paling disukainya tetapi displin diri yang kuat itu yang membawa beliau kepada jalan kejayaan.

Beliau telah membeli pulau itu dengan harga $320,000 pada tahun 1979 dan masih tinggal di kediamannya itu sehingga kini. Ibu pejabat Virgin berpangkalan di London.

#4-Komunikasi Dengan Pekerja Bawahan

Sebagai pemimpin perniagaan yang moden, Branson sering berkomunikasi dengan kakitangannya untuk mendapatkan maklum balas dan memberikan arahan atau berkongsi idea baru. Semuanya ada di hujung jari Branson.

Branson seorang pemimpin organisasi yang baik kerana tidak hanya bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

Lihatnya sahaja gambar yang diviralkan bagaimana dia berdiri sambil tersenyum disebelah pekerjanya yang sedang enak tidur dia atas sofa penyambut tetamu pejabat urusannya.

#5-Catat Segala Perkara

Sebatang pen tidak dapat dipisahkan dalam hidup jutawan ini kerana idea ada di mana-mana dan perlu dicatat supaya tidak akan lupa. Barangkali idea yang datang sepintas lalu itu boleh menjadikan sesorang itu mengubah dunia dan nasibnya.

Baginya tiada buku tidak apa, tetapi tanpa pen dia akan rasa seperti dirinya tidak lengkap. Dengan pen dia boleh mencatat idea yang datang di atas meja, baju, sapu tangan atau apa sahaja yang berada di depan matanya ketika itu.

#6-Tidak Suka Mesyuarat Formal

Branson tidak suka mesyuarat yang serius walaupun isu yang hendak diperbincangkan itu serius. Kerana itu beliau sering menjadualkan mesyuarat sewaktu makan tengah hari kerana baginya makanan yang dikongsi semasa bermesyuarat boleh mengubah suasana yang tegang menjadi lebih menyenangkan.

Suasana santai ketika mesyuarakat akan memberi impak positif kepada jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang dihadapi syarikat. Jika beliau tidak mempunyai masa, beliau hanya suka bermesyuarat sambil berjalan.

#7-Suka Bergurau

Karakter lucu Branson memiliki banyak keuntungan ketika berada dalam situasi sosial terutama dalam syarikatnya. Sikapnya ini disenangi oleh semua kakitangan pejabatnya dan orang awam.

Pada tahun 2013, beliau pernah berpakaian seperti seorang pramugari lengkap dengan gaya rambut dan gincu bibir akibat kalah dalam satu pertaruhan bersama Tony Fernandes.

Pada tahun 2010, beliau pernah menyertai sebuah maraton di London dengan memakai pakaian berbentuk rama-rama.



Sumber 7 Perkara Sir Richard Branson, Pemilik Empayar Virgin Group Buat Setiap Hari.

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i26zVP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.