Hi! Welcome Back and Stay Tune! Untung FGV Melonjak Kepada RM170j - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Untung FGV Melonjak Kepada RM170j


KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Bhd (FGV) mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM170 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2017, berbanding RM44 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, berkata ia disumbangkan prestasi kukuh sektor perladangan, logistik dan lain-lain (LO).

Perolehan pula meningkat lima peratus kepada RM12.7 bilion berbanding RM12.09 bilion yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

Bagi tempoh dikaji, sektor perladangan mencatatkan prestasi positif dengan keuntungan sebanyak RM225 juta berbanding rugi RM30 juta pada tempoh sama tahun lalu.

"Prestasi kukuh berkenaan disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi sebanyak 10 peratus disokong oleh peningkatan pengeluaran buah tandan segar (BTS) sebanyak tiga peratus kepada 3.07 juta tan, selain turut disumbangkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi, untung daripada syarikat kerjasama dan margin tinggi daripada perniagaan baja.

"Selain itu, sektor LO mencatatkan keuntungan berikutan peningkatan jumlah tan dalam operasi pengangkutan selari dengan kenaikan jumlah pengeluaran MSM," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi suku ketiga 2017, FGV merekodkan peningkatan PBZT sebanyak 31 peratus kepada RM114 juta berbanding suku sebelumnya, disokong oleh pengukuhan sektor gula dan LO.

Zakaria berkata, sektor perladangan mencatatkan keuntungan RM107 juta pada suku ketiga disokong oleh peningkatan sebanyak 18 peratus pengeluaran BTS.

Bagaimanapun, katanya prestasi positif berkenaan terkesan dengan peningkatan caj LLA, manakala perniagaan gula kembali untung berbanding rugi pada suku sebelumnya disokong oleh penurunan harga gula mentah.

Beliau berkata, bagi meneruskan komitmen untuk meningkatkan hasil, FGV mengukuhkan operasi ladang dengan mengoptimumkan pekerja ladang dalam aktiviti penuaian, penawaran kerja lebih masa dan meningkatkan pengambilan pekerja asing secara agresif.

"Jangkaan positif juga disokong oleh proses transisi pokok muda kepada fasa pokok yang produktif. Prestasi kami menunjukkan trend positif sejak suku pertama hingga suku ketiga.

"Berdasarkan peningkatan ketara dalam pengeluaran BTS pada Oktober lalu, kami jangka prestasi keseluruhan FGV akan lebih baik berbanding 2016," katanya.

Lembaga Pengarah FGV juga mengumumkan dividen interim sebanyak 5.0 sen sesaham kepada 3.648 juta saham biasa di bawah sistem peringkat tunggal bagi suku tahun berakhir 30 September 2017 berjumlah RM182.41 juta dan dijangka dibayar pada 28 Disember ini. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jibsXw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.