Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seramnya! Terakam Entiti Di Dalam Filem Pengabdi Setan! Pasti Buat Penonton Ketakutan! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seramnya! Terakam Entiti Di Dalam Filem Pengabdi Setan! Pasti Buat Penonton Ketakutan!


Tajuk filem pun sudah cukup untuk buat MH rasa seram apatah lagi bila menonton filem ini. Pengabdi Setan, filem seram dari Indonesia yang MH maksudkan.

Jeritan demi jeritan didengari dalam panggung sambil tangan menutup mata dan ada juga yang menutup telinga kerana ketakutan.

Bulu roma turut meremang apabila tiba babak seram yang diiringi dengan kesan bunyi yang benar-benar membuat jantung berdegup kencang seolah-olah ia benar wujud di hadapan mata penonton.

Bagi penggemar filem seram pasti anda tidak kecewa menonton filem ini. Untuk pengetahuan semua, filem ini pernah ditanyangkan pada tahun 1980 di bawah arahan Sisworo Gautama Putra dan ia merupakan filem yang sangat popular ketika itu.

Kali ini, filem ini sekali menghantui orang ramai apabila ianya diberi suntingan yang lebih segar dan moden oleh pengarah, Joko Anwar.
Sinopsis 



Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai seorang ibu dan dia menghidapi penyakit aneh selama 3 tahun dan akhirnya meninggal dunia.

Setelah si ibu meninggal dunia, pelbagai perkara aneh mula berlaku dan mereka sekeluarga mula merasakan kewujudan si ibu di rumah mereka.

Apa yang lebih menyeramkan adalah apabila mereka mula menyedari bahawa itu bukan roh si ibu yang datang untuk menjenguk mereka tapi untuk membawa mereka pergi ke dunianya.

Menakutkan bukan? Kalau nak tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi, perlu tungga hingga akhir cerita ini.

Pengarah filem ini juga berjaya menimbulkan elemen seram dengan memilih lokasi penggambaran di sebuah rumah lama yang telah ditinggalkan lebih 20 tahun dan katanya ketika sesi penggambaran, kru produksi juga turut diganggu oleh makhluk halus.

Jika anda sudah pergi menonton filem ini nanti pasti anda akan ternampak beberapa kelibat entiti seram yang tanpa sengaja dirakam oleh pihak produksi dan antara babak yang menampakkan kelibat entiti ini adalah ketika babak hantu bangkit dari kubur di mana jumlah pelakon hantu yang berada dalam babak tersebut terlebih seorang dan yang seorang itu adalah entiti halus tersebut!

Barisan pelakon yang telah menjayakan filem ini adalah Bront Palarae, Tara Basro, Dimas Aditya dan ramai lagi.


Sumber: MEDIA HIBURAN


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zvFO3S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.