Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tragedi balik kampung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tragedi balik kampung

WANITA maut manakala suami dan dua anaknya cedera selepas kereta mereka terbabas di Kilometer 343.8, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Paka, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi, Noorhafizah Omar, 31, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari Perodua Alza yang dipandunya.

Ketika kejadian, mangsa bersama suami, Azlan Ismail, 31, dan dua anak mereka, Nor Alisya Sufas, 3, dan Mohd Adam Haikal, 5, yang tinggal di Kapar, Selangor dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kubang Kerian, Kelantan.

Ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan berkenaan dipercayai gagal dikawal berikutan jalan licin kerana hujan sebelum terbabas dan merempuh kawasan berbukit di tepi lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, mayat Noorhafizah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Katanya, suami dan dua anaknya yang mengalami cedera ringan turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A0UFC4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.