Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kastam Malaysia, Indonesia Bersama Kekang Penyeludupan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kastam Malaysia, Indonesia Bersama Kekang Penyeludupan


SITIAWAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai (DJBC) Republik Indonesia bersetuju berkongsi anggota dan aset bagi mengekang aktiviti penyeludupan yang semakin berleluasa di perairan Selat Melaka.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata persetujuan tersebut hasil rundingan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12 di Sarawak, semalam.

Katanya kerjasama itu mampu memantapkan lagi koordinasi pertahanan selain melumpuhkan kumpulan penjenayah yang sentiasa mencari peluang menjalankan aktiviti penyeludupan termasuk aktiviti permerdagangan manusia.

"Ini satu persetujuan yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Biasanya, kita bekerjasama dengan pegawai kastam berada dalam bot negara masing-masing dan kita jalankan rondaan sama-sama di laut, tetapi kali ini bersetuju pegawai dari negara jiran berada dalam bot kita dan sebaliknya.

"Kelebihan strategi ini adalah pegawai kita dapat membuat satu pengesahan jika ada melibatkan barangan pengeksportan dari Malaysia ke Indonesia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Operasi Patroli Laut Terkoordinasi Kastam Malaysia Indonesia (Patkor Kastima) di Pangkalan Marin Kastam Kampung Acheh, di sini hari ini.

Subromaniam berkata, bagaimanapun, terdapat beberapa aspek perundangan yang perlu dilihat semula terutama melibatkan perkongsian anggota antara kedua-dua pentadbiran kastam tersebut.

"Daripada aspek perkongsian aset kita telah bersetuju. Bagi perkongsian anggota pula kita akan lihat aspek-aspek yang mana boleh, yang mana tidak boleh tetapi secara dasarnya kami bersama-sama telah bersetuju.

"Kami jangka dalam masa sebulan ini akan bermula (perkongsian maklumat) cuma daripada perkongsian aset dan anggota itu, kita perlu susun di kawasan mana, siapa dan dari segi mekanismenya kita perlu bincang dahulu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin strategi perkongsian yang lebih cekap dan 'di luar kotak' itu mampu mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan di kedua-dua negara sehingga 50 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Dalam pada itu, Direktur Jenderal DJBC, Heru Pambudi berkata strategi perkongsian tersebut dianggap luar biasa dan membuktikan kepercayaan pentadbiran kastam kedua-dua negara untuk sama-sama menjaga perairan.

"Kami akan terus berusaha dan tingkatkan kerjasama di masa hadapan dan kita hidup bertangga (berjiran) sebagai satu keluarga turut menghadapi tentangan yang sama,” katanya. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A4Sxrc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.