Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedua-Duanya Daging Kambing, Tapi Apa Yang Membezakan Antara 'Lamb' Dengan 'Mutton' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedua-Duanya Daging Kambing, Tapi Apa Yang Membezakan Antara 'Lamb' Dengan 'Mutton'


Malaysia terkenal dengan jolokan nama 'syurga makanan' yang memiliki banyak jenis makanan termasuklah masakan berasaskan kambing yang pastinya menjadi pilihan rata-rata rakyat Malaysia.

Umumnya, ramai yang tahu dua jenis kambing yang popular dan selalu digunakan ialah Lamb dan Mutton. Bagaimanapun, segelintir daripada kita tidak mengetahui bahawa dua jenis isi kambing ini sangat berbeza dari segi rasa, tekstur dan harganya.

Lamb dan mutton keduanya adalah kambing biri-biri yang sama tapi berbeza umur dan tekstur dagingnya kerana perbezaan umur sebuah haiwan itu boleh mempengaruhi tekstur dan rasa dagingnya.

Lamb 


Lamb adalah daging anak kambing biri-biri yang berumur bawah dari satu tahun yang telah mencapai berat dan ciri yang dikehendaki serta ianya sesuai untuk di sembelih.

Antara perbezaan ketara antara lamb dan mutton adalah terdapat lemak yang sedikit pada lamb dan dagingnya boleh berubah warna dari merah jambu ke merah pucat.


Di Amerika Syarikat, daging lamb menerima lebih banyak permintaan berbanding mutton yang agak sukar untuk didapatkan di pasaran.

Selain itu, daging lamb juga terkenal dengan tiga cara masak yang popular iaitu bakar, panggang dan tumis reneh selain dimasak untuk lauk catering dan BBQ.


Dagingnya yang lebih lembut dan 'juicy' menjadikan lamb lebih sesuai dijadikan kambing golek dan sebagainya.

Mutton


Mutton ialah daging kambing biri-biri yang lebih tua dari 1 hingga 3 tahun. Dagingnya berwarna merang terang dan diselaputi sejumlah besar lemak. Daging Mutton juga dikatakan mempunyai sejenis bauan yang agak kuat selain tekstur daging lebih keras berbanding lamb serta perlu dimasak lama.

Daging jenis ini lebih popular di Timur Tengah dan Eropah kerana rasa dan tekstur dagingnya bersesuaian dengan jenis masakan yang lebih berat seperti biryani, nasi arab, gulai, kari, sup atau stew.


 Perbezaan harga diantara dua daging ini juga jelas ketara kerana harga lamb jauh lebih mahal berbanding daging mutton.

Bagaimanapun, setiap jenis daging ini memiliki kelebihan tersendiri yang berdasarkan tujuan penggunaannya.

Seharusnya kita tahu memilih daging lamb atau mutton yang bersesuaian dengan jenis masakan kita.

Sumber- The Spruce



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A5D0ax

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.