Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Fazlul rindu ayah, mak' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Fazlul rindu ayah, mak'

“SAYA sedih melihat rakan lain datang mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama mak dan ayah, tetapi saya tidak,” kata anak yatim piatu, Nur Fazlul Ain Azizan, 12, yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan.

Ibu bapanya, Norbaiti Awang, 44, dan Azizan Sahari, 43, terbunuh selepas motosikal dinaiki dilanggar tayar lori pasir yang tercabut di Jalan Kuala Pilah-Juasseh berhampiran Ladang Juasseh pada 10 Ogos lalu.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir, Jempol, itu ditemani abang, Mohd Amirul Aiman, 17, serta ibu saudara, Zainun Awang, 54, ketika mengambil keputusan UPSR.

Nur Fazlul Ain berkata, dia hanya memperoleh 2B dalam Bahasa Melayu (Pemahaman) dan (Penulisan), 2C bagi Bahasa Inggeris (Pemahaman) dan Sains manakala 2D bagi Bahasa Inggeris (Penulisan) dan Matematik.

"Perasan terlalu sedih dan rindu kepada ayah dan emak ketika menduduki peperiksaan pada September lalu, sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan UPSR saya hari ini.

"Namun, saya berjanji akan melakukan terbaik di sekolah menengah kelak. Saya mahu berjaya seperti kakak (Nur Shamilatul Akhma, 20) dan abang (Mohd Aqmarul Hisham, 19) yang sudah melanjutkan pengajian di universiti," kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

Nur Fazlul Ain berkata, dia berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang agama di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad, Bahau.

Sementara itu, ibu saudaranya, Zainun berkata, dia mengambil tanggungjawab menjaga tiga daripada lima beradik terbabit dengan ikhlas.

"Mereka adalah darah daging saya. Kalau bukan saya yang menjaga mereka, siapa lagi. Saya menganggap seperti anak sendiri dan tidak membezakan kasih sayang dengan anak sendiri.

"Saya juga sentiasa mendoakan mereka cemerlang dalam pelajaran dan mendapat kehidupan lebih baik," katanya.

Harian Metro pada 11 Ogos lalu melaporkan, perjalanan pulang suami isteri selepas mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan menjadi detik terakhir apabila mereka menemui ajal selepas skuter dinaiki dirempuh dua tayar lori muatan pasir yang tercabut di Jalan Kuala Pilah-Juasseh berhampiran Ladang Juasseh.

Berita berkaitan

• Jaga adik baik-baik

• Tragedi tayar lori tercabut



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jgq5KQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.