Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konstabel polis kantoi jual pelacur di hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konstabel polis kantoi jual pelacur di hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam

TUJUH individu termasuk konstabel polis yang dipercayai ‘bapa ayam‘ dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatApps ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam malam tadi.

Anggota polis berusia 26 tahun itu ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di kondominium berkenaan.

Sumber berkata, ketika serbuan polis turut menemui pakaian seragam anggota polis itu serta peralatan menghisap syabu.

“Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama,” katanya.

Menurutnya, sindiket itu mengiklankan pelacur sebagai gadis dari negara ini bagi menarik minat pelanggan.

 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang mengesahkan kes itu berkata, operasi polis mulai 6.15 petang kelmarin berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki warga tempatan ditahan di sebuah hotel manakala dua lagi individu iaitu masing-masing lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Setia Alam.]

Beliau berkata, serbuan dilakukan bersama pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut menyerbu tiga bilik di hotel itu.

Polis menyerbu bilik hotel yang dijadikan markas sindiket pelacuran. Foto ihsan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala JAIS menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 untuk kes tangkapan kedua itu.

Menurutnya, warga tempatan yang ditahan itu direman empat hari mulai hari ini manakala warga asing 14 hari bagi membantu siasatan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Konstabel polis kantoi jual pelacur di hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zgRpzk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.