Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setelah diserbu KPDNKK dan pengadu, rupanya bukan daging babi tapi daging kerbau rupanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setelah diserbu KPDNKK dan pengadu, rupanya bukan daging babi tapi daging kerbau rupanya

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis berhubung dakwaan seorang suri rumah bahawa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi.

Ketua pegawai penguatkuasanya, Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, pemeriksaan di sebuah pasar di Selayang itu dibuat oleh empat pegawainya yang turut disertai pengadu pada pagi sehingga tengah hari Rabu.

Katanya, keterangan peniaga dan pengadu telah dirakamkan dan sampel daging di premis tersebut diambil untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, sampel daging yang diambil di gerai peniaga itu bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga, daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari India.

Baca artikel sebelum: Hasrat masak asam pedas terbantut, isteri was-was suami terbeli daging babi

“Peniaga turut mengemukakan resit pembelian daging yang dibeli daripada pemborong. Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi,” katanya kepada mStar Online.

Kisah ini tular apabila pengadu, Mazliana Abdul Manap, 35, pada Isnin, memuat naik posting di Facebook apabila dia was-was melihat warna dan tekstur daging yang dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang minggu lepas yang dikhuatiri daging babi.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Yusof memberitahu sampel daging yang didakwa daging babi itu tidak dapat diambil kerana pengadu telah membuangnya.

“Kita ada minta sampel daging yang didakwa pengadu dikhuatirinya daging babi tetapi dia mendakwa telah membuangnya sebab was-was kalau simpan di peti sejuk dan busuk jika diletakkan di tempat lain,” katanya.

Dalam pada itu Wan Mohd Yusof berkata, berdasarkan pemeriksaan, pemilik premis dan pekerja adalah warga tempatan, yang menjual daging kerbau dan ayam proses.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan daripada pakar dan pihak berkuasa sekiranya was-was terhadap daging atau makanan yang dibeli.

“Janganlah menguar-uarkannya sebagai daging babi terutama di media sosial sebelum mendapat kesahihannya terlebih dahulu.

“Jika tidak, ia nanti akan menimbulkan kekecohan dan hanya menjadi fitnah sekiranya dakwaan itu tidak benar,” kata Wan Mohd Yusof.

Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ApZupA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.