Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laluan Baharu Pan Borneo Hubungkan Brunei-Limbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laluan Baharu Pan Borneo Hubungkan Brunei-Limbang

Foto : Bernama


BANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia dan Brunei hari ini, bersetuju menyelesaikan perkara tertangguh termasuk isu imigresen serta memudah dan memendekkan masa perjalanan menghubungkan ibu negara ini dengan Sabah dan Sarawak.

Rundingan Tahunan Pemimpin ke-21 yang berlangsung dalam suasana positif di Istana Nurul Iman itu disifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai gambaran hubungan akrab dan intim kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, antara yang dipersetujui ialah penambahan laluan baharu Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Bandar Seri Begawan dan Limbang di Sarawak, manakala laluan ibu negara Brunei ke Miri seperti dicadangkan sebelum ini diteruskan.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas rundingan itu, Najib berkata, pelaksanaan laluan baharu akan memendekkan masa perjalanan di samping memudahkan perhubungan dan merancakkan ekonomi penduduk Brunei serta rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.

"Rundingan juga bersetuju proses kelulusan imigresen bagi penduduk Sabah yang mahu ke Brunei atau Sarawak di Limbang dab sebaliknya yang kini perlu melalui tujuh kali pemeriksaan sehala, dikurangkan kepada sekali.

"Kita berbincang lama berhubung isu ini (imigresen) dan kedua-dua pihak setuju ia mesti diselesaikan sebelum rundingan akan datang. Kita cadang sistem yang memudahkan perjalanan rakyat dua negara, namun mempunyai ciri keselamatan tinggi," katanya.

Najib berkata, dalam pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei yang berlangsung selama kira-kira 30 minit, isu berkaitan kerjasama pertahanan turut dibincangkan.

"Malaysia mencadangkan Brunei menyertai kerjasama pertahanan dalam rondaan trilateral yang kini membabitkan Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi mengukuhkan keselamatan di perairan semua negara berjiran itu,' katanya.

Perdana Menteri dan Sultan Hassanal Bolkiah turut berbincang mengenai sempadan maritim dan daratan, selain kawasan penangkapan ikan tradisional serta pelaburan Brunei di Sabah dan Sarawak khususnya dalam ternakan dan beras.

"Saya dan Tuanku Sultan juga berbincang isu serantau dan antarabangsa yang membabitkan perkembangan di Rakhine, Rohingya, Asia Barat serta hubungan dengan kuasa besar," katanya.

Sempena Rundingan Tahunan itu, Malaysia dan Brunei memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama dalam sektor pelancongan di mana pelawat Brunei adalah kelima tertinggi berkunjung ke Malaysia pada tahun 2016.

Selain itu, Perdana Menteri dan Sultan Hassanal Bolkiah turut menyaksikan Perjanjian Rangka Kerja 'Unitisation' antara PETRONAS dan PetroleumBRUNEI bagi penentuan pembahagian membabitkan empat medan.

Empat medan terbabit ialah Gumusup/Kakap dan Geronggong/Jagus-East serta Kinabalu West NAG dan Maharajalela North Fields yang ditandatangani Naib Presiden Pengurusan Petronas, Zamri Jusoh serta Timbalan Menteri Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Dato Paduka Awang Jamain Julaili.

Mengulas mengenainya, Perdana Menteri berkata, kedua-dua pihak menjangka butiran pembahagian pendapatan daripada rangka kerja yang dipersetujui itu dapat diputuskan menjelang Julai 2018.

Terdahulu, Najib dan delegasi Malaysia diraikan dalam Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan Sultan Hassanal Bolkiah.

Sempena rundingan itu, Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan beberapa menteri Kabinet di samping Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg. - BeritaHarian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zfvicN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.