Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rembat barang dan perabot rumah sewa bernilai RM30K, penyewa dipenjara 10 bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rembat barang dan perabot rumah sewa bernilai RM30K, penyewa dipenjara 10 bulan

Padah melakukan onar terhadap pemilik rumah sewa, seorang ibu tunggal anak satu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, lapor Harian Metro. 
Tertuduh, Aizam Abd Aziz, 44, yang mencuri barangan dan perabot rumah sewa pada September lalu juga turut berdepan dengan hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal menjelaskan denda RM5,000. 
Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta dengan curang. 
Aizam didakwa dengan curang menggunakan lima unit penyaman udara, dua katil dan tilam, seunit mesin basuh, seunit peti sejuk, satu set meja makan, satu unit kabinet televisyen, sebuah televisyen 29 inci, sebuah sofa L-Shape, dua set meja tepi, satu set seterika dan papan penggosak, seunit tong gas, 13 unit bantal dan pelbagai jenis peralatan dapur milik Sharifah Salwa Syed Shafie, 43. 
Aizam didakwa melakukan perbuatan itu di rumah sewa milik Sharifah Salwa di Taman Semarak Bukit Tunggal, Kuala Nerus pada jam 11 pagi 30 September lalu. 
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zuLuei

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.