Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minyak Turun, Ringgit Mengukuh,Pembangkang Lari Masuk Gua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minyak Turun, Ringgit Mengukuh,Pembangkang Lari Masuk Gua

Tidur awal habis puak puak pembangkang semalam. Tiada apa apa yang hendak dihasut dan dimaki hamun di garis masa Facebook mereka sebagaimana lima minggu sebelumnya. Di Whatsapp pun diam, tidak timbul timbul. Barangkali masuk ke dalam gua agaknya.

Ini semua berlaku bila harga RON95 turun sebanyak 8 sen. Semua penyokong pembangkang terdiam dan senyap. RON97 juga turun 8 sen dan Diesel pula turun 2 sen. Harga terkini untuk minggu 23 hingga 29 November 2017 ini adalah  RM2.30 (RON95), RM2.58 (RON97) dan RM2.23 (Diesel).

Bukan sahaja harga minyak menurun, mata wang Ringgit juga terus mengukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS). Berbanding dollar, nilai ringgit sekarang adalah 1 USD = RM4.11. Kedudukan ini adalah yang baik bagi tahun ini berbanding nilai RM4.49 pada 5 Januari 2017.

Ringgit masih mengekalkan aliran pengukuhannya bersama-sama dengan mata wang negara Asia yang lain, dipengaruhi oleh prospek kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada separuh pertama tahun 2018.

Pada 22 November 2017, ringgit dan matawang won Korea Selatan menerajui kenaikan mata wang pasaran sedang pesat membangun kesan dari ucapan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen mengenai rali aset berisiko.

Bukan sahaja ringgit semakin kukuh, Bursa Malaysia juga ditutup lebih tinggi semalam selaras dengan pertumbuhan ekonomi serentak di seluruh dunia yang mendorong sentimen positif merentasi pasaran ekuiti global.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata pergerakan ringgit kini lebih mencerminkan pertumbuhan ekonomi dan tidak lagi dipengaruhi oleh aktiviti spekulasi. 

Tentang harga minyak pula, harga RON95 turun 8 sen bukan kerana lima orang yang buat demo di depan parlimen. Janganlah bodohkan rakyat Malaysia dengan mendakwa RON95 turun kerana demo di depan parlimen itu.

Harga minyak petrol di negara ini  ditentukan berdasarkan produk akhir untuk pengguna dan bukan produk mentah atau minyak mentah. Sistem berkenaan menggunakan purata harga produk akhir bukan harga semasa minyak yang belum diproses.

Sejak mekanisma kawalan harga minyak mingguan diperkenalkan pada 6 April 2017, sudah berlaku perubahan harga sebanyak 33 kali. Naik harga sebanyak 20 kali dengan jumlah 82 sen dan turun harga sebanyak 13 kali sebanyak 82 sen juga.

Pada 1 Jun 2017 hingga 5 Julai 2017 harga minyak turun 5 kali berturut turut sejumlah 23 sen. Pada waktu ini lama juga penyokong pembangkang duduk dalam gua tidak keluar keluar. Diam terus. 

Ada nampak tidak bila minyak turun lima minggu berturut turut maka harga barang juga akan turut turun seperti mana teori Rafizi Ramli? Harga barang masih sama, tidak turun pun masa minyak turun 5 kali berturut turut ini.

Ada juga masa harga minyak naik.  Lima minggu berturut turut harga minyak naik antara 19 Oktober 2017 hingga 22 Oktober 2017, iaitu sejumlah 21 sen bagi lima minggu tersebut. Maka keluarlah segala “zombie” pembangkang dari dalam gua dan dari dalam tanah membuat caci hamun dan makian di media sosial.

Masa turun lima minggu berturut turut dulu sampai 23 sen tidak pula mereka hendak berterima kasih. Tetapi masa naik lima minggu berturut turut baru 21 sen, mereka sudah meracau macam orang hilang akal di Whataspp dan Facebook. Inilah mentaliti penyokong pembangkang di Malaysia. Sukar hendak diubati penyakit ini.

Semalam bila minyak turun balik 8 sen, aman dan tenang kembalilah dunia media sosial dari kata kata nista mereka. Malah bukan sahaja minyak yang turun, ringgit juga turut mengukuh disamping Bursa Malaysia ditutup tinggi. Apa lagi yang mereka hendak cakap? Terpaksalah masuk gua. Minggu depan pun belum tentu keluar lagi geng geng zombie ini. Selamat bertapa di dalam gua.

Tulisan :
Beruang Biru
BB674, Khamis
23 November 2017


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jSZYgT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.