Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 50,000 murid bakal duduki ujian khas atas talian untuk ke SBP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 50,000 murid bakal duduki ujian khas atas talian untuk ke SBP

PENDANG: Lebih 50,000 murid akan menduduki ujian khas secara dalam talian yang pertama kali diperkenalkan Kementerian Pendidikan tahun ini bagi permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peperiksaan tersebut akan berlangsung dari 11 hingga 15 Disember ini di lebih 200 pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.

Ini bagi mengisi 10,000 tempat di 69 SBP di seluruh negara ketika ini.

“Kita hendak mengambil murid dalam 10,000 orang. (Kadar) satu nisbah empat, satu nisbah lima. Saya dapat menyatakan bahawa keputusan UPSR untuk tahun ini adalah keseluruhannya lebih baik.

“Tahun ini buat pertama kalinya kita tidak panggil keputusan UPSR, kita panggil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2017. Maka ibu bapa yang datang ambil macam kad laporan, dalam itu ada keputusan UPSR,” katanya selepas merasmikan program 'My New School' di Sekolah Kebangsaan Paya Rawa dekat Pendang, Kedah siang tadi.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Datuk Azuyah Hassan.

Di dalam kad laporan terbabit turut terkandung empat komponen, iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum serta Pentaksiran Berasaskan Psikometrik.

Mahdzir berkata, pengenalan ujian baharu itu menunjukkan kementerian serius mahu menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang, bukan akademik semata-mata.

Dalam perkembangan lain beliau berkata sebanyak RM500 juta bajet tambahan disediakan bagi tujuan baik pulih sekolah yang mengalami infrastruktur kritikal menggunakan Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

Tahun ini 60 projek dijalankan di bawah IBS dan Kementerian menjangkakan sejumlah 100 sekolah bakal mendapat manfaat daripada projek ini tahun hadapan.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Paya Rawa yang akan mula dibina tahun hadapan di bawah program ‘My New School’.

Program berkenaan merupakan antara inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang membolehkan sekolah mempunyai hubungan erat selain kerjasama utuh dengan ibu bapa, Kumpulan Penggerak Sarana Kebangsaan (KPSK), komuniti dan agensi terlibat.

Menerusi program itu, sekolah menjadi hab komuniti dan sumber kemudahan kepada warga sekolah serta komuniti dalam program yang dijalankan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mVACQE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.