Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dulu Dompet Kosong, Sekarang Ada Empat Cawangan Restoran! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dulu Dompet Kosong, Sekarang Ada Empat Cawangan Restoran!

Dulu Dompet Kosong, Sekarang Ada Empat Cawangan Restoran!

Dalam tempoh tiga tahun, pemuda ini sudah mempunyai empat cawangan restoran Leezo. (Gambar: Nadzuan)

“Belajar rajin-rajin, bila besar nanti kerja kerajaan, senang,”
 
Pernah dengar ungkapan ini? masyarakat dahulu ramai beranggapan bekerja di dalam sektor awam mampu memberi kesenangan pada diri sendiri terutama mendapat pinjaman perumahan. 

Saban tahun, pemikiran berkenaan mula lenyap. Malah, ada di antara mereka yang sanggup meninggalkan pekerjaan selesa itu untuk mencari kepuasan diri.
 
Itulah yang dilakukan Mohd Nadzuan Nasir, 30 berasal dari Batu Pahat, Johor sanggup berhenti kerja sebagai pegawai tadbir untuk beralih menjadi seorang usahawan.
 
Bayangkan sudah selesa dengan pekerjaan dalam sektor awam, boleh pula berhenti. Bagi sesetengah individu, mendapat kerja dalam sektor kerajaan adalah impian mereka tetapi tidak bagi pemuda ini.
 
Hasilnya, dia kini mempunyai empat cawangan restoran miliknya, sebuah restoran bersama rakannya, dan satu kilang pemprosesan. Jumlah pekerja dibawahnya pula mencecah seramai 70 orang!
 
Bagi anda tertanya apakah resipi kejayaannya? Bagaimana pula perjalanan ditempuh sehingga mampu membuka cawangan.

Rojak Daily Skop! senaraikan lima perkara yang boleh anda belajar daripada kisah kejayaannya:
 
1. RAKAN YANG BAIK ADALAH MEMBERI ‘POSITIVE VIBE’

Pegawai tadbir kini bergelar usahawan. 
Antara punca utama penghijrahan Mohd Nadzuan ke dalam bidang bisnes adalah disebabkan pengaruh rakan-rakanya.
 
Dikelilingi dengan rakan yang telah menjalankan perniagaan, ia sedikit sebanyak mencabar kemampuan dirinya untuk keluar dari zon selesa. Hasilnya, jawatan sebagai pegawai tadbir terpaksa dilepaskan demi mengejar cita-cita bergelar usahawan.
 
2. BERANI AMBIL RISIKO

Cawangan kedua Leezo berkonsepkan kontena.
Pada awal keputusannya, ramai menganggap ia adalah satu kerja gila. Namun, baginya tidak kerana pemuda ini percaya pelaburan pada hari ini akan dinikmati dalam tempoh akan datang.
 
Jika diikutkan logik akal, mungkin segala keputusan akan dibuat dengan berhati-hati. Sebaliknya, pemuda ini memilih untuk lebih berani membuat ‘kerja gila’ dalam perniagaan.
 
Selain hasil simpanannya ketika bekerja, pinjaman bank juga turut memberi peluang kepadanya untuk membuka restoran pertama di Batu Pahat pada 24 Januari 2015.

“Modal permulaan buka Leezo, saya buat pinjaman kerajaan (personal loan) sebanyak RM70,000 dan modal sendiri sebanyak RM20,000,” katanya.
 
Nadzuan mengambil risiko besar kerana kedai makan di Batu Pahat ketika itu sudah banyak bertapak. Apa yang memberi cabaran adalah dia perlu mencari kelainan untuk bersaing.
 
3. CARI KEUNIKAN, BIJAK HIDU PELUANG

Berani cuba burger merah ini?
Kekuatan utama restoran miliknya yang dikenali sebagai Leezo pastinya terletak pada konsep yang dibawa mereka. Selain menghidangkan makanan ala barat, konsep kontena juga antara yang diketengahkan.

Pada tahun 2015 pasaran makanan barat yang dihasilkan oleh bumiputera amat terhad di Batu Pahat. Sejak itulah dia mengambil kesempatan untuk memulakan bisnes yang dipercayai dapat sokongan komuniti setempat.

Selain halal, makanan dan hidangan juga berpatutan. Menu hidangan kepada pelanggan adalah daripada menu barat, ala Itali, burger dan juga ala carte seperti tomyam.
 
4. BINA JENAMA DAN KEPERCAYAAN

Proses pembinaan cawangan ketiga di Melaka.
Orang ramai hanya melihat kejayaan dikecapi tetapi di sebalik kejayaan itu siapa sangka terdapat satu pengorbanan besar terpaksa dilakukan.

Menurut Mohd Nadzuan, tiada individu yang berjaya terlepas daripada merasai zaman susah mereka. Dompet kosong, wang simpanan habis, terpaksa berhutang antara situasi yang terpaksa ditelan.
 
“Bayangkan sebelum cawangan kedua saya dibina, wang simpanan saya tidak cukup. Malah ‘short’ sampai lebih RM100,000,” katanya.
 
Bagaimanapun, dengan jenama Leezo yang dibawanya, terdapat beberapa pihak yang sudi membantu.
 
“Jika tidak atas kepercayaan dan jenama yang dibawa Leezo, rasanya cawangan di Parit Raja tidak dapat dibina dalam tempoh diperuntukkan,” katanya.
 
5. JANGAN MUDAH PUAS DENGAN KEJAYAAN

Sehingga kini Nadzuan memiliki empat cawangan membabitkan 70 pekerja. 
Restoran pertama Leezo dibuka pada 24 Januari 2015 manakala kilang pemprosesan bahan Leezo Production Centre dibuka pada 1 November 2015. Sebulan selepas itu, cawangan kedua Leezo pula dibuka di Parit Raja.
 
Dalam tempoh setahun saja tiga premis berjaya dibuka. Namun, ia tidak menjadikan pemuda ini puas dengan kejayaan. Baginya perjuangan masih belum selesai.
 
Pada 7 April 2017, satu lagi cawangan baru dibuka iaitu di Melaka. Masih tetap menggunakan konsep kontena dan makan barat, restoran ini mula menjengah pasaran negeri ‘pahlawan’ ini.
 
Terletak di Lot 450/451, Bandar Bukit Baru, Seksyen 5, Leezo Container Melaka beroperasi dari jam 5 petang sehingga 1 pagi. Ia dibuka setiap hari kecuali Isnin.
 
Terbaru, satu lagi restoran berkonsepkan makanan Melayu dibuka atas nama Dapo Mazzo di Pura Kencana, Batu Pahat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hObUfV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.