Aqasha Pasang Bodyguard Di Gegar Vaganza?
Seolah dikelilingi pegawai peribadi. (Pic: Alexander Hadreez Jr.)
Dikelilingi empat orang lelaki berwajah serius, lengkap berpakaian sut serta mempunyai alat ‘ear piece’ di telinga dan sentiasa berada di sisinya walau kemanapun dia pergi seperti memberi bayangan yang pelakon dan penyanyi Aqasha kini mempunyai pengawal peribadi.
Malah ketika Rojak Daily Kaw! menemubual penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Embun ini usai konsert minggu kedua Gegar Vaganza 4, Ahad lalu, Aqasha dikawal ketat oleh mereka. Situasi itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah benar Aqasha kini pasang bodyguard?
Dan jika benar apakah ada insiden yang berlaku seperti diugut sehingga membuatkan dia terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk menemaninya ke mana sahaja dia pergi. Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, sambil tergelak, pemilk nama Firdee Akassya Rosli menafikan perkara itu.
“Mereka bukan bodyguard, sebaliknya mereka adalah sebahagian daripada pihak pengurusan The A Team iaitu syarikat yang saya tubuhkan untuk menguruskan kerjaya seni saya. Mereka ini sebenarnya adalah team security yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan serta melancarkan lagi perjalanan karier saya.
“Setakat ini saya ada 10 orang yang menguruskan karier saya sepanjang saya menyertai Gegar Vaganza ini. Apabila mereka melahirkan hasrat untuk bersama saya, saya letakkan syarat supaya mereka dapat laksanakan kerja mereka dengan penuh protokol dan mengikut garis panduan yang diberikan.
“Tak sangka pula tiba-tiba mereka tampil dengan gaya seorang bodyguard yang penuh gaya. Saya sendiri terkejut dengan imej yang mereka tunjukkan dan saya sangat menyukainya. Wajah mereka sentiasa in character. Barulah nampak lain dari yang lain,” terang aktor berusia 35 tahun ini.
Tambahnya, peminat atau sesiapa sahaja tidak perlu risau dengan kehadiran mereka kerana tugas mereka lebih kepada untuk melancarkan perjalanan karier saya dan bukan untuk menyusahkan sesiapa.
“Mereka akan membantu saya dari segi penganjuran sesi bertemu peminat supaya perjalanan acara lebih teratur dan nampak lebih profesional. Selain itu, saya juga ada menyediakan ‘food truck’ untuk peminat makan secara percuma. Ini adalah projek kerjasama saya dengan team pengurusan yang kebanyakan dari mereka adalah kawan semasa saya kecil,” ujarnya.
Untuk persembahan Ahad ini, Aqasha bakal mendendangkan lagu dangdut berjudul Cinta Tak Keruan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Amigos. Mengulas perkara itu, pelakon yang berasal dari Shah Alam, Selangor ini menyifatkan genre itu adalah cabaran terbesar buatnya.
“Perkara yang paling merisaukan saya adalah bagaimana saya mahu menyanyi sambil bergelek dan pada masa sama, tak nampak canggung. Saya takut nanti gaya tarian saya tidak sesuai dan membuat penonton mempersoalkan kesungguhan saya dalam menyampaikan lagu bergenre dangdut.
“Diakui, bab menari saya memang keras. Selain itu saya juga risau untuk menyanyikan lagu genre itu disebabkan saya kurang selesa. Apapun, saya akan cuba buat yang terbaik dan saya yakin nyanyian kemelayuan dapat menyelamatkan saya,” ujarnya penuh yakin.
Walaupun sibuk dengan GV, dunia lakonan tidak pernah diketepikan Aqasha. Kata aktor kacak ini, dia akan terbabit dalam penggambaran sebuah telemovie berjudul Rahim Tak Mahu Azan.
“Dalam telefilem ini, saya akan memegang watak sebagai bapa kepada Rahim yang menghadapi masalah untuk menyebut huruf R,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hlgy8r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment