Politik Perkauman 1Malaysia?
Bukankah mereka semuanya warganegara Malaysia serta tidak pula mereka dikenali dengan keturunan masing-masing?
Cubalah lihat maklumat pada kad pengenalan mereka. Apa yang tertulis dalam kad pengenalan itu? Adakah maklumat tentang keturunan?
Tempoh hari, berbagai-bagai komen dan desakan disuarakan oleh golongan yang mengaku daripada keturunan Bugis yang mahukan Tun Mahathir Mohamad memohon maaf atas alasan bekas perdana menteri itu melabelkan orang Bugis sebagai lanun dan perompak.
Ada juga satu pihak yang mahukan Tun Mahathir didakwa, kononnya kerana mengeluarkan kata-kata menghina kaum Bugis.
Seorang menteri kanan pula mengaitkan isu ini dengan seorang pemimpin kanan Indonesia daripada keturunan Bugis, yang dikatakan telah marah dengan kenyataan Tun Mahathir.
Akhirnya, wakil Presiden Indonesia Jusuf Kalla turut mendesak bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad memohon maaf atas kata-kata penghinaan terhadap suku Bugis seperti yang disebut dalam satu ceramah politik pada 14 Oktober 2017 lalu.
Pupus
Kita ingin bertanya kepada mereka ini: Mengapa apabila seorang menteri kanan menyindir Tun Mahathir berketurunan India, tidak ada desakan supaya beliau didakwa?
Malahan, Tun Mahathir telah menerima sindiran itu dengan penuh kesabaran dan meminta menteri kanan tersebut menunjukkan kad pengenalan lamanya yang ada mencatakan nama dan keturunan dari India.
Hingga sekarang, tidak ada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan oleh menteri kanan tersebut. Bukankah ini satu penipuan?
Bagi saya, ini semua mainan politik yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kesatuan dan perpaduan bangsa di negara ini.
Periuk nasi anak muda
Kita tidak rela keturunan menjadi isu yang boleh memecah-belahkan perpaduan bangsa Malaysia.
Begitu juga, kita tidak rela isu perkauman dan agama diapi-apikan oleh mana-mana pihak yang akan membawa perpecahan kepada perpaduan dan keharmonian rakyat.
Apa ertinya 1Malaysia yang menjadi laungan kuat para pemimpin sekiranya mereka sendiri yang menjadi punca perbalahan dan perpecahan bangsa Malaysia?
Slogan 1Malaysia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kita tidak berani menghakis sikap taasub bangsa yang mementingkan keturunan mereka.
Yang penting sekali, di dunia globalisasi yang semakin rencam dan cabaran-cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu, kita perlu memikirkan periuk nasi beribu-ribu anak muda kita yang sukar mendapat pekerjaan.
Mereka ialah harta warisan ibu pertiwi. 1Malaysia penting menyatukan semua warganegara, memupuk perpaduan, demi cinta akan pertiwi.
1Malaysia seharusnya sinonim dengan perpaduan rakyat pelbagai bangsa dan keturunan.
BACA INI JUGA: Pemandu Kes Surau Austin Mohon Maaf, Kenapa Kita Masih Gagal Memupuk Perpaduan?
sumber: mk
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hlgA03
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment