Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekiranya ingin berseri di majlis kahwin, ini 5 perkara patut dielakkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekiranya ingin berseri di majlis kahwin, ini 5 perkara patut dielakkan


Hari ini, pastikan anda mengelakkan perkara-perkara ini daripada berlaku agar anda tampil dengan persediaan terbaik di hari meraikan cinta.

1. Tidur Lewat Malam


Saat melangsungkan majlis pernikahan tentu sahaja memenatkan. Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi agar keesokan harinya anda bangun dalam keadaan yang segar.

Sekiranya anda berdegil, tentu sahaja mata anda akan muncul lingkaran hitam di bawah mata dan bengkak kerana kurang tidur.

2. Lakukan Urusan Persiapan Nikah Di Saat Terakhir

Sebagai bakal pengantin, anda pastinya ingin kerja-kerja terakhir diuruskan oleh anda sendiri kerana di situ ada kepuasan yang bakal anda peroleh.

Sebaiknya rancanglah urusan untuk menyiapkan kerja-kerja kahwin dengan lebih awal.

Sekiranya terdapat hal-hal kecil yang masih berbaki, anda boleh mendapatkan bantuan daripada keluarga ataupun sanak saudara untuk menyudahkannya.

3. Jangan Minum Air Berkafein


Selalunya rakan-rakan atau saudara terdekat antaranya sepupu akan menemani anda di malam terakhir anda bergelar anak dara. Apabila sudah ramai pasti membuatkan anda leka berborak sambil mengambil minuman berkafeina.

Minuman seperti ini pastinya akan membuatkan mata anda lebih segar dan tidak mengantuk seterusnya membuatkan anda lambat tidur.

4. Melakukan Rawatan Atau Mencuba Produk Kecantikan

Ada sebilangan bakal pengantin berdegil dengan membuat rawatan muka seperti skrub, membuang bintik-bintik hitam ataupun mencuba produk kecantikan sehari sebelum hari bahagia.

Ingatlah bahawa rawatan ataupun produk yang tidak diketahui keberkesanannya ini jika tidak sesuai dengan kulit anda akan meninggalkan kesan yang buruk pada wajah.

Tentu sahaja anda tidak mahu wajah kelihatan merah dan penuh dengan parut akibat kesan memicit saat anda ditatarias oleh jurumekap. Jadi elakkan perkara sebegini berlaku.

5. Makan Makanan Yang Tidak Sihat


Malam menjelangnya hari pernikahan bukanlah waktu terbaik untuk anda mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan, asam jeruk, minuman bergas ataupun makanan manis yang banyak.

Ini kerana makanan-makanan seperti ini boleh mengganggu pencernaan dan penghadaman sehingga membuatkan perut memulas, kembung ataupun tidak selesa pada keesokan harinya. Pastikan anda minum banyak air putih.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yfYa43

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.