Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Cium pipi aksi normal suami isteri” – Mia Ahmad tak menyesal upload video ‘hadiah’ buat suami lepas JDT menang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Cium pipi aksi normal suami isteri” – Mia Ahmad tak menyesal upload video ‘hadiah’ buat suami lepas JDT menang

KUALA LUMPUR: Mia Ahmad tidak menyesal memuat naik rakaman video yang menunjukkan dirinya mencium pipi suami, Izham Tarmizi yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), sebaik skuad handalan itu diumumkan menjuarai Piala Malaysia 2017, Sabtu lalu.

"Cium pipi aksi normal suami isteri" - Mia Ahmad tak menyesal upload video 'hadiah' buat suami lepas JDT menang

“Cium pipi aksi normal suami isteri” – Mia Ahmad tak menyesal upload video ‘hadiah’ buat suami lepas JDT menang

Biarpun teruk dikecam netizen, Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 29, menganggap aksi spontan itu normal bagi pasangan berkahwin terutama ketika meraikan kejayaan insan tersayang.

“Saya tidak menyesal sebab tak buat salah. Kalau nak difikir mengenai komen negatif, hanya berapa peratus yang meninggalkan komen begitu.

“Mereka yang memberi komen negatif mungkin ada masalah hati atau mindanya tertutup.

“Benda ini (aksi ciuman di pipi) bukanlah masalah, tapi dijadikan masalah. Saya nampak perkara seperti ini akan terjadi kalau seorang tampil meninggalkan komen negatif, kemudian yang lain mengikut,” katanya kepada BH Online.

Sehari selepas JDT menjuarai Piala Malaysia 2017 menewaskan Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu, pelakon ini memuat naik rakaman video di akaun Instagram yang antara lain memaparkan dirinya mencium pipi Izham sebaik keputusan diumumkan.

Perkongsian itu pantas menarik perhatian netizen termasuk mereka yang menganggap aksinya itu keterlaluan.

Mia menambah, baginya, isu rakaman video itu tidak perlu diperbesarkan.

“Ada yang mengatakan saya tak perlu mencium pipi suami di khalayak ramai. Niat saya bukanlah mahu menunjuk, tapi ia terjadi secara spontan.

“Bagi saya, ia adalah perkara normal antara suami dan isteri,” katanya.

Dihujani pelbagai komen, pelakon drama Hati Perempuan itu enggan melenting. Malah, katanya, Izham juga tidak mengambil pusing mengenai perkara itu.

“Tak muat naik gambar pun orang mengata. Bukan itu saja, kalau letak ayat-ayat atau pepatah pun orang cakap saya bergaduh dengan suami. Buat apa sekalipun, ada pihak yang kreatif memberi komen, tak mengapalah.

“Kalau mahu diikutkan, saya memang berpada-pada dalam memuat naik sesuatu status di laman sosial. Namun, saya tak boleh nak salahkan mereka (netizen) sebab mereka tak hidup dalam dunia saya.

“Jadi saya tak boleh nak berharap orang nak berfikir ikut cara saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mia akan tampil dengan filem Jibam yang mula ditayangkan pada 7 Disember depan. Filem yang dilakonkan bersama adik Muhammad Arif Abdullah, Fadlan Hazim dan Syafie Naswip itu diadaptasi daripada karya kartunis terkenal, Ujang.

Mia juga baru tamat dengan penggambaran drama terbitan RTM, Sara Kirana dan drama TV3, Bilo Nogori Jupo Kelate.

Via: Bharian



Sumber “Cium pipi aksi normal suami isteri” – Mia Ahmad tak menyesal upload video ‘hadiah’ buat suami lepas JDT menang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2As6teB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.