Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebakaran Pasar Besar Seremban Perubatan Khianat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebakaran Pasar Besar Seremban Perubatan Khianat

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengesahkan punca kebakaran Pasar Besar Seremban pada 9 Sept lepas adalah perbuatan khianat.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata ia berikutan penemuan lima sampel yang mengandungi kesan cecair mudah menyala jenis petrol yang telah dicurahkan di hadapan gril pintu lipat sebuah kedai makanan dan minuman di tingkat satu pasar itu.

“Dalam kes ini, dua anjing pengesan (K9) bomba digunakan dalam siasatan dan lima sampel diambil untuk dianalisa pegawai kimia di makmal penyiasatan kebakaran bomba negeri. Hasil analisa mendapati lima sampel tersebut mengandungi kesan cecair mudah menyala jenis petrol,” katanya kepada pemberita dalam sidang media disini, hari ini.

Beliau berkata bomba turut menemukan bahan untuk menghidupkan api dalam bakul sampah.

Hasil siasatan tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Dalam pada itu, Norazam juga memaklumkan bomba menerima panggilan kecemasan kejadian berkenaan agak lewat selain tiupan angin yang kuat menyebabkan kebakaran merebak hingga hampir keseluruhan pasar tersebut.

“Kita juga berhadapan dengan kesukaran semasa proses memadamkan api memandangkan kebanyakan kedai dipasang dengan gril besi dan dilapisi dengan gril pintu lipat. Kita terpaksa buka selapis demi selapis untuk setiap kedai,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan rasa kesal tragedi ini berpunca daripada perbuatan khianat.

“Disebabkan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab ini juga, kerajaan negeri terpaksa menanggung kos membaik pulih pasar berkenaan sebanyak RM6 juta,” katanya.

Dalam kejadian pada 7.36 malam 9 Sept lepas itu keseluruhan tingkat satu pasar berkenaan musnah dijilat api, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2m2YkKu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.