Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mate 10 Pro Berharga RM3099 – Boleh Dipra-Tempah Bermula 16 November - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mate 10 Pro Berharga RM3099 – Boleh Dipra-Tempah Bermula 16 November

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan Huawei Mate 10 Pro di Malaysia bermula 24 November 2017 ini – hari sama dimana iPhone X ditawarkan di Malaysia.

Huawei Mate 10 akan ditawarkan pada harga RM3099 untuk pasaran tempatan – boleh dikatakan salah satu harga yang sangat baik untuk apa yang ditawarkan oleh peranti berkenaan.

Huawei Mate 10 Po

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 10 Pro hadir dengan skrin 6-inci dengan nisbah skrin 18:9 dan rekaan nirbingkai pada resolusi HD penuh, menggunakan cip Kirin 970, memori 6GB RAM dan ruangan storan 128GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan gabungan lensa 20-megapixel hitam putih dan juga 12-megapixel RGB. Untuk rakaman selfie, ia menggunakan sensor 8-megapixel di hadapan. Telefon pintar ini turut menggunakan Android 8.0 Oreo dan juga kalis air.

Huawei Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 Pro

Di Malaysia, pengguna boleh pra-tempah bermula 16 November 2017 ini hingga 19 November 2017 kelak, pada harga RM3099. Pengguna yang pra-tempah akan menerima penimbang pintar Huawei, sebuah Huawei Color Band A2, dan juga perkhidmatan VIP Huawei untuk khidmat pelanggan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2znaEe8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.