Warga emas sesat mendaki ditemui selamat
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mendaki semalam, berjaya ditemui di Hutan Lipur Bukit Lagong, Selayang dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian itu membabitkan mangsa, K. Kanagaratnam, 73, dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 11.20 pagi di trek di dalam hutan persimpangan FRIM dan Taman Rimba Komanwel berhampiran lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, seramai 53 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejak semalam.
"Pihak kami menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pengesan Anjing (K9) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar).
"Mangsa dijumpai di persimpangan FRIM dan Taman Rimba Komanwel dan mengalami kecederaan ringan, serta dihantar ke HospitaL Selayang bagi rawatan lanjut." katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Sani berkata, pihak bomba dan penyelamat berjaya membawa turun mangsa ke pusat operasi pada jam 12.15 tengah hari tadi.
Sumber Warga emas sesat mendaki ditemui selamat
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ja4QxV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment