Lebihan Perdagangan China Mengecil Pada Bulan Oktober
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada pagi tadi, China mencatat lebihan imbangan perdagangan sebanyak $26.62 billion pada bulan Oktober berbanding bulan September yang mencatat lebihan perdagangan sebanyak $28.08 billion. Eksport meningkat sebanyak 6.9% dan import meningkat kepada 17.2%.
Dalam masa yang sama, import minyak mentah dari Januari ke Oktober meningkat 11.8% setahun iaitu 349 juta metrik tan. Manakala import bulan Oktober menacatat bacaan 30.0 juta metrik tan. Lebihan perdagangan sepanjang 10 bulan pertama mencatat $222.98 billion.
Menurut ING Market, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa pengukuhan matawang CNY akan memberi kesan pada eksport. Namun berdasarakan data sejak 2013, tiada apa-apa bukti yang menunjukkan kearah itu.
Selain itu, kehadiran Trump di Asia berkemungkinan akan menjadi salah satu faktor yang akan memberi tekanan pada perdagangan China.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan semasa lawatan Trump ke Beijing, lebihan perdagangan antara China dan U.S dikurangkan sebanyak $1.5 billion pada bulan lepas.
Pada ketika ini matawang U.S dolar menyusut sebanyak 0.08% kepada 6.6323 berbanding matawang CNY setakat jam 4.50 p.m
The post Lebihan Perdagangan China Mengecil Pada Bulan Oktober appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zqnd5G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment