Pegawai TLDM maut kemalangan
LUMUT: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Teluk Muroh di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Leftenan Naqib Basil Yahya Osman, 28, dikatakan menunggang motosikal Yamaha RR dari arah Teluk Batik menghala ke Seri Manjung sebelum dipercayai merempuh kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Pegawai Bomba Kanan I Alwi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.50 tengah hari sebelum lapan anggota bersama sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati mangsa sudah terbaring di jalan, manakala pemandu PROTON Saga terperangkap di tempat duduk pemandu berikutan pintu di bahagian itu tidak boleh dibuka.
"Kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan pemandu kereta berkenaan yang didapati cedera di bahu dan luka di mulut sebelum menghantar lelaki itu ke Hospital Seri Manjung," katanya.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Difahamkan kedua-dua mangsa adalah anggota TLDM dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.23 tengah hari," katanya.
Sumber Pegawai TLDM maut kemalangan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ara78l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment