Hi! Welcome Back and Stay Tune! #DUNSarawak: Sarawak Bakal Jadi Kuasa Siber Dengan Penubuhan SMA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

#DUNSarawak: Sarawak Bakal Jadi Kuasa Siber Dengan Penubuhan SMA


KUCHING: Penubuhan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) penting untuk menjadikan Sarawak sebagai kuasa siber.

Sehubungan itu, Rang Undang-Undang Lembaga Multimedi Sarawak 2017 dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh.

Menurutnya, matlamat pengenalan rang undang-undang tersebut adalah untuk menubuhkan SMA.

Pada masa sama tambahnya adalah untuk memperbadankan pihak berkuasa dan badan lain seperti diperuntukkan di bawah Artikel 95B Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bagi Sabah dan Sarawak, Perkara 14 Senarai 11A dalam Jadual Kesembilan dianggap sebahagian daripada Senarai Negeri.

"Tiada pelanggaran undang-undang persekutuan berlaku," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Lembaga Multimedia Sarawak 2017 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Wong menjelaskan, badan khas yang ditubuhkan menerusi rang undang-undang tersebut adalah untuk mentransformasi Sarawak kepada ekonomi digital.

Menurutnya lagi, ia selari dengan usaha menjadikan proses perniagaan lebih efisien menerusi Sarawak Pay dan e-dagang.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iERs14

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.