Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pekerja kilang mengaku tak bersalah samun, rogol dan lakukan seks luar tabii pelajar IPT Shah Alam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pekerja kilang mengaku tak bersalah samun, rogol dan lakukan seks luar tabii pelajar IPT Shah Alam

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi, minggu lalu.

Pekerja kilang mengaku tak bersalah samun, rogol dan lakukan seks luar tabii pelajar IPT Shah Alam

Pekerja kilang mengaku tak bersalah samun, rogol dan lakukan seks luar tabii pelajar IPT Shah Alam

Tertuduh, Amirulfaizal Amiruddin, 27, juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail, terhadap pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun itu serta menyamunnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) iaitu merogol mangsa dan meletakkan wanita itu dalam ketakutan kematian di bawah pokok belakang sebuah apartmen di Jalan Keluli, Seksyen 7 di sini antara pukul 8.30 sehingga 10.30 malam pada 1 November lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Amirulfaizal didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama iaitu melakukan persetubuhan luar tabii secara memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa tanpa kerelaan di tempat, tarikh serta masa sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun serta disebat.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 392 yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, menyamun telefon bimbit Samsung J2 Prime dan wang tunai RM100 secara mengancam mangsa dengan bersenjatakan sebilah pisau di lokasi dan masa sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, didenda serta sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula pertuduhan yang dihadapi tertuduh, selain membolehkan tertuduh melantik peguam.

Tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

BH Online sebelum ini, melaporkan seorang gadis berusia 22 tahun dirogol dan disamun, selepas diperdayakan seorang lelaki yang berpura-pura bertanya arah dalam kejadian pada 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, dilaporkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam, ketika mangsa pulang dari pasar malam di Seksyen 7 di sini dan dihampiri suspek ketika berjalan menghala ke sebuah hentian bas.

Via: Bharian



Sumber Pekerja kilang mengaku tak bersalah samun, rogol dan lakukan seks luar tabii pelajar IPT Shah Alam

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yFG8MP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.