Raja Ilya Nafi Bakal Nikah VIP
Pelakon Raja Ilya, 32, menganggap khabar dia kononnya bakal dengan seorang kenamaan (VIP) dalam masa terdekat ini sebagai gosip liar.
Terkejut dengan berita tersebut, pelakon Gerak Khas ini menjelaskan belum bersedia memikirkan soal perkahwinan lantaran kepadatan jadual seninya termasuklah persiapannya ke Hollywood.
“Ini adalah kali pertama saya mendengar berita ini dan tidak benar sama sekali. Sekarang belum masanya lagi untuk mendirikan rumah tangga kerana sibuk dengan persediaan untuk ke Hollywood pada Februari ini.
“Sejak bulan Mei saya sudah berhenti menerima sebarang tawaran berlakon dalam produksi tempatan semata-mata mahu memberi fokus terhadap perkara ini.
“Saya kena fikirkan mengenai kewangan, menguruskan keluarga terutama penempatan ibu saya di sini ketika saya berada di Hollywood kelak. Itu sahaja buat masa ini.
“Jadi, apabila timbul cerita ini, memang terkejut,” jelasnya seperti yang dilaporkan Utusan.
Dalam pada itu, Ilya mengaku bahawa hubungannya dengan kekasih sebelum ini, seorang warganegara Australia masih berkekalan dan berjalan lancar.
The post Raja Ilya Nafi Bakal Nikah VIP appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iDraw9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment