Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki rogol dan samun pelajar IPT, mengaku tidak bersalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki rogol dan samun pelajar IPT, mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM, SELANGOR - Seorang pemandu forklif kilang keluli membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi, Rabu lalu, lapor Berita Harian. 
Amirulfaizal Amiruddin, 27, juga mengakut tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun itu serta menyamunnya. 
Ketika prosiding sedang berlangsung, seorang wanita dipercayai isterinya kelihatan menangis. Difahamkan, Amirulfaizal baru saja berkahwin selama sebulan sebelum melakukan jenayah itu. 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) iaitu merogol dan meletakkan mangsa berada dalam ketakutan kematian di bawah pokok di belakang sebuah pangsapuri di Jalan Keluli, Seksyen 7, antara jam 8.30 hingga 10.30 malam pada 1 November lalu. 
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan. 
Bagi pertuduhan kedua, Amirulfaizal didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama iaitu melakukan persetubuhan luar tabii secara memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa tanpa kerelaan di tempat, tarikh serta masa sama, sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun serta sebatan. 
Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 392 yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, menyamun telefon bimbit Samsung J2 Prime dan wang tunai RM11 dengan menggunakan sebilah pisau untuk mengancam mangsa di lokasi dan masa yang sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, didenda serta sebatan. 
Hakim Mohd Sabri Ismail kemudian menetapkan 4 Disember untuk sebutan semula pertuduhan yang dihadapi tertuduh, selain membolehkan tertuduh melantik peguam. 
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadiah Basri tidak mencadangkan sebarang jaminan pada tertuduh atas alasan kesalahan tersebut adalah serius. 
"Sekiranya jaminan diberikan, ia dikhuatiri menganggu mangsa kerana tertuduh tahu tempat belajar mangsa," katanya. 
Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa dirogol sebelum disamun selepas diperdaya Amirulfaizal yang berpura-pura bertanyakan arah jalan yang kemudian mengacu pisau ke arahnya. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zldJeF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.