Kerajaan Tahu Yang Terbaik Melalui Dialog Rakyat
KUALA LUMPUR – Kerajaan, termasuk perkhidmatan awam dan wakil rakyat, hanya akan tahu apa yang terbaik, jika sentiasa mengadakan dialog dengan rakyat terutama belia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata ini benar bukan sahaja dalam konteks Malaysia tetapi berlaku di negara-negara membangun dan maju.
“Pepatah lama kononnya kerajaan tahu segalanya tidak lagi terpakai kini, “ katanya selepas pelancaran awal Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur ke-2 2017 di sini hari ini.
Salleh berkata KLIYD 2017 yang akan diadakan pada 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan menyediakan platfrom penting bagi pemimpin mendengar dan mencerna harapan dan aspirasi golongan muda profesional, pelajar universiti, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan muda.
Beliau berkata kerajaan harus berupaya untuk bersikap terbuka dan mendengar terhadap pandangan yang pelbagai “memandangkan demokrasi adalah kunci kepada bagaimana kita menangani perbezaan kita”. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Atgk3J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment