Hi! Welcome Back and Stay Tune! Momen canggung ASK Farah Nabilah cuba betulkan kolar Zul Ariffin namun ditolak: “”Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Momen canggung ASK Farah Nabilah cuba betulkan kolar Zul Ariffin namun ditolak: “”Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu”

Momen canggung ASK Farah Nabilah cuba betulkan kolar Zul Ariffin namun ditolak: ""Mungkin Zul malu atau mahu 'control macho', saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu"

Momen canggung ASK Farah Nabilah cuba betulkan kolar Zul Ariffin namun ditolak: “”Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu”

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah enam hari berlalu, netizen masih memperkatakan mengenai momen ‘canggung’ ketika pelakon yang digandingkan dalam drama Titian Cinta, Farah Nabilah dan Zul Ariffin menjadi penyampai trofi pada Anugerah Skrin (ASK) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.

Mendapatkan penjelasan Farah, aktres itu memberitahu, dia tidak pasti mengapa Zul enggan memberi reaksi sepatutnya ketika ‘diusik’ di pentas acara yang disiarkan secara langsung itu.

“Saya sebenarnya mengikut apa yang diatur produksi. Semuanya dirancang awal dan dinyatakan dalam ‘cue card’. Cuma, saya tak pasti kenapa Zul memberi reaksi begitu.

“Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu,” katanya kepada BH Online.

Ditanya apakah dia dan Zul tidak hadir pada sesi latihan, Farah memberitahu, dua sesi raptai diadakan. Namun, hanya dirinya saja yang menghadirinya.

“Zul tidak hadir kerana dikhabarkan ada komitmen lain,” katanya.

Antara momen yang dianggap ‘canggung’ itu adalah ketika Farah cuba membetulkan kolar baju Zul, namun ditolak pelakon itu.

Cubaan Farah meminta Zul menyanyikan lagu kanak kanak berjudul Baby Shark Doo Doo juga tidak dipenuhi. Disebabkan itu, ramai melihat Farah seperti ‘tergedik-gedik’ sedangkan Zul selamba sepanjang mereka melunaskan tanggungjawab sebagai penyampai trofi pada acara berkenaan.

Sementara itu, selepas drama rantaian Titian Cinta ‘meledak’ hingga menarik lebih 11 juta penonton, peminat mula ‘berkempen’ agar Farah dan Zul bercinta di alam nyata.

Dilihat serasi menghidupkan watak mereka, peminat mula mengusik Zul dan Farah agar mereka lebih rapat di luar lokasi.

Namun, bagi Farah, dia tidak mengambil peduli usikan peminat apatah lagi dirinya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan aktor sasa itu.

“Biasalah, peminat suka menjodohkan pelakon yang mereka suka. Saya tak ambil pusing. Kami tiada hubungan istimewa pun. Apa yang disaksikan dalam drama itu hanya lakonan, kami hanya merealisasikan tuntutan watak,” katanya.

Drama Titian Cinta yang diadaptasi daripada novel Ridhya Iman disiarkan mulai 12 September sehingga 30 Oktober lalu melalui slot Akasia TV3.

Dalam drama itu, Zul memegang watak sebagai Harris manakala Farah sebagai Aisy. Drama arahan Heykal Hanifah itu diterbitkan Zamriez Golden Pictures.

Via: Bharian

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hdT0ie

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.