Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Bas, Kini Tiba Giliran Teksi Tanpa Pemandu Diperkenalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Bas, Kini Tiba Giliran Teksi Tanpa Pemandu Diperkenalkan

Selepas Bas, Kini Tiba Giliran Teksi Tanpa Pemandu Diperkenalkan

Selepas kemunculan bas tanpa pemandu, kini teksi pula menggunakan teknologi ini. (Gambar: Waymo)

Sedar atau tidak, dunia ketika ini sebenarnya sedang beralih kepada pengawalan berasaskan komputer.
 
Kebanyakan sistem di luar sana telah mula menggunakan perisian berasaskan teknologi kecerdasan buatan atau 'Artificial Intelligence' (AI). Semuanya dibantu oleh AI seperti Jarvis dalam filem Iron-Man.

Namun, dalam sektor pengangkutan, teknologi kenderaan tanpa pemandu juga semakin berkembang, malah akan dikomersialkan secara meluas.

Jika dua minggu lalu syarikat dari Jerman melancarkan perkhidmatan bas tanpa pemandu tetapi kali ini sebuah lagi syarikat bakal memperkenalkan teksi tanpa pemandu!
 
MILIK WAYMO

Sudahkah anda bersedia untuk menaiki teksi tanpa pemandu?
Teksi ini merupakan keluarkan syarikat Waymo yang bernaung dibawa Alphabet Inc. Jika dilihat pada rekaan kenderaan ini, ia sebenarnya daripada jenis Chrysler Pacifica yang telah diubah suai.
 
Idea untuk menjadikan teksi ini tercetus pada tahun lalu. Namun, ketika itu ia masih dalam peringkat percubaan.
 
Pada tahun ini syarikat Waymo membuat keputusan untuk memperkenalkannya kepada khalayak ramai selepas yakin dengan sistem keselamatan yang terbina.

TANPA PEMANDU ATAU DITEMANI PEKERJA WAYMO

Paparan skrin memudahkan pengguna melihat pergerakan teksi ini.
Untuk makluman anda, kenderaan ini sudah pun mula digunakan di jalan raya di sekitar kawasan Pheonix, Arizona.
 
Bagaimanapun, pihak Waymo menyatakan ketika ini mereka masih di peringkat pengenalan yang mana pemantauan pekerja masih digunakan. Dalam erti kata lain, penumpang yang menggunakan khidmat teksi ini masih ditemani oleh pekerja Waymo.
 
Jika terdapat sebarang masalah, pekerja ini akan menekan butang kecemasan untuk menghentikan kenderaan.
 
Selepas beberapa bulan, barulah pengguna ini diberi pilihan untuk menggunakan sepenuh sistem pemanduan tanpa manusia.
 
DILENGKAPI SENSOR 3D 
 
Teksi ini dilengkapi beberapa sensor canggih dan penetapan peta 3D secara terperinci. Perisian setiap kenderaan ini juga mampu mengenal pasti objek sama ada ia adalah pokok, bangunan ataupun kenderaan.
 
Kaedah pemanduan juga diselaraskan dengan keadaan strukur jalan bandar yang ditetapkan.

Buat masa ini teksi ini hanya boleh dipandu dalam kawasan Pheonix, Arizona yang mempunyai keadaan cuaca yang baik dengan kadar kesesakan yang rendah.
 
Selain itu, Waymo juga sedang menguji penggunaan teksi moden ini di beberapa kawasan lain termasuk di Detroit, Michigan.
 
Bagi yang meragui keselamatan teksi Waymo ini, syarikat terbabit telah pun mengeluarkan satu video yang memaparkan secara terperinci bagaimana pengangkutan awam ini menjalankan tugas.
 
Berdasarkan video terbabit terdapat dua penggunaan skrin bagi membolehkan penumpang melihat pergerakan kenderaan secara terperinci. Antara muka pengguna ('User Interface') pada skrin boleh dikatakan mirip kepada aplikasi Uber.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zF2IVX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.