Hi! Welcome Back and Stay Tune! #2017BestNine TOP 10 Selebriti Malaysia di Instagram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

#2017BestNine TOP 10 Selebriti Malaysia di Instagram

Tidak kira sama ada pengaruh baik atau buruk, 10 nama besar ini bukan saja mempunyai pengaruh masing-masing tetapi memiliki jutaan pengikut di Instagram.

Selalu berkongsi mengenai perkembangan terkini dan aktiviti seharian mereka di IG, mereka sekaligus menjadi bualan hangat dan mencuri perhatian netizen sepanjang tahun 2017.

Menerusi aplikasi #2017BestNine, berikut senarai artis popular tanah air dengan himpunan sembilan gambar mereka yang paling digemari peminat.

10. Yuna @yunamusic (mempunyai 544k pengikut)
Sukses membina nama dan kerjaya nyanyiannya di Amerika Syarikat, walaupun jauh di mata namun Yuna tetap dekat di hati peminat tanah air. Selain sering berkongsi mengenai perkembangan muzik, Yuna mengejutkan peminat dengan berita pertunangannya dengan Adam Sinclair (adik pelakon Ashraf Sinclair).

..

9. Aeril Zafrel @aeril_zafrel (mempunyai 2.1 juta pengikut)
Suami kepada pelakon Wawa Zainal ini merupakan antara artis lelaki yang mendapat jolokan sebagai pelakon paling hot Malaya. Aeril bukan saja sering berkongsi mengenai perkembangan seni malah mengenai gelagat anak-anaknya yang kini sedang membesar.

..

8. Ayda Jebat (mempunyai 3.1juta pengikut)
Antara artis yang punyai kelab peminat paling besar, Ayda berjaya mengekalkan pretasinya baik dalam bidang lakonan mahupun nyanyian sepanjang tahun ini.

..

7. Nur Fazura @missfazura (mempunyai 3.4juta pengikut)
Ketika netizen sudah mula memperkatakan tentang bakat nyanyianya, nama Fazura terus panas berkaitan kisah peribadinya termasuklah perkahwinannya dengan aktor Fattah Amin.

..

6. Che Ta & Aishah
Pasangan ibu dan anak sensasi, Rozita Che Wan (mempunyai 3.4 juta pengikut) dan ‘princess’-nya, Aishah Dhia Rana (mempunyai 940K pengikut). Dua beranak ini tidak pernah gagal mencuri perhatian pengguna media sosial dengan foto-foto percutian mereka di luar negara.

..

5. Zizan Razak @zizanrazak869 (mempunyai 4.5juta pengikut)
Walapun namanya tahun ini jarang-jarang menjadi bualan, tetapi pelakon, pelawak dan pengacara ini masih mengekalkan kedudukannya sebagai artis lelaki paling berpengaruh di media sosial. Pada November lalu, Zizan menerima anugerah Ikon Media Sosial Malaysia 2017 yang disampaikan oleh PM Datuk Najib Tun Razak.

..

4. Datuk Siti Nurhaliza @ctdk (mempunyai 4.4juta pengikut)
Beliau sentiasa dikagumi dan disayangi ramai. Pada 13 Oktober lalu, Siti berkongsi berita gembira, beliau hamil anak pertama.

..

3. Schawal-Lara
‘Anak Beranak selebriti’ yang mempunyai jutaan pengikut di Intagram masing-masing. Kalau Scha (mempunyai 4 juta pengikut) dan Awal (mempunyai 3.4 juta pengikut) mencuri tumpuan dari gaya dan fesyen dan momen-momen percutian mereka. Lara (mempunyai 3juta pengikut) pula mencuri perhatian netizen dengan gelagat-gelagat comelnya.

 ..

2. Nora Danish (mempunyai 5 juta pengikut)
Walaupun tidak lagi kekal sebagai selebriti nombor satu paling ramai pengikut di IG tetapi pengaruh Nora masih kuat. Perkongsian mengenai aktiviti harian dan perkembangan seninya sentiasa mendapat perhatian masyarakat.

..

1. Neelofa (mempunyai 5.3 juta pengikut)
Berselang seli dengan kisah peribadi dan bebera kontroversi, tahun 2017 turut menotakan aktres, pengacara dan usahawati jelita ini berjaya rekod tersendiri. Bukan saja kejayaan dalam bidang seni malah Neelofa diiktiraf oleh Forbes Asia sebagai usahawan muda. Minggu lalu, dia dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia Berhad.

 .

The post #2017BestNine TOP 10 Selebriti Malaysia di Instagram appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AF1laI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.