Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar AS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar AS



Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS, tanpa hala tuju baharu dan permintaan rendah bagi unit tempatan dalam keadaan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kukuh, kata peniaga. Pada pukul 9 pagi, unit tempatan pada 4.0770/0800 semasa ditutup semalam. 

Bagaimanapun, peniaga berkata, jangkaan kadar faedah lebih tinggi dalam pasaran tempatan dan AS yang telah mendorong dolar kepada paras tertinggi dalam tempoh sebulan semalam, akan menjana minat terhadap risiko hari ini.

Beliau berkata, peningkatan harga minyak, yang kini diniagakan melebihi ASD65 setong, tertinggi sejak pertengahan 2015, akan turut membantu memacu permintaan terhadap ringgit hari ini. Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0146/0178 daripada 3.0171/0207 pada Selasa dan naik berbanding yen kepada 3.5927/5960 daripada 3.5933/5963 semalam.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound British kepada 5.4297/4350 daripada 5.4391/4456 pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.7880/7928 daripada 4.8035/8083 semalam.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BfY9C2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.