Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hilang Status Sukan Teras - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hilang Status Sukan Teras



MALANG nasib buat sukan sepak takraw, angkat berat dan taekwondo. Biarpun pahit, para pemain serta atlet sukan tersebut perlu menerimanya dengan hati terbuka. Ini kerana ketiga-tiga sukan berkenaan digugurkan daripada senarai 19 sukan teras bermula Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak tahun depan. 

“Sukan angkat berat digugurkan kerana prestasi semakin merosot, atlet-atlet mempunyai masalah disiplin melibatkan tujuh kes doping telah dilaporkan oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) sejak empat tahun lepas.

“Sepak takraw pula tidak menunjukkan prestasi yang meningkat sejak tahun 2006 selain aspek pembangunan tidak diberi tumpuan. Malah, kedudukan ranking dunia sepak takraw negara turut digugat oleh negara-negara baharu.

“Bagi taekwondo, pencapaian kita sangat tidak memuaskan. Sukan ini tidak menunjukkan pencapaian yang positif di samping kemelut sukan taekwondo masih gagal menyatukan penggiat-penggiat sukan berkenaan,” ujar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur semalam.

Ekoran tindakan itu, penglibatan mereka dalam program-program yang berada di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pendidikan akan dikurangkan selain peruntukan yang akan diberikan turut terhad.

“MSN bagaimanapun akan terus bekerjasama dengan persatuan untuk kita bangunkan semula sukan ini. Kita akan buat penilaian semula setiap dua tahun dan ada peluang untuk sukan ini dimasukkan semula sebagai sukan teras,” ujar Khairy.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AXXjqV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.