Tergamak Jual Bayi Secara Online
Sepasang kekasih remaja seperti sudah hilang kewarasan apabila sanggup menjual bayi kembar luar nikah mereka melalui sebuah laman web jual beli terkemuka di negara ini.
Gadis yang dipercayai bekas pelajar tahfiz yang berusia 20 tahun dan pasangannya yang berumur 18 tahun difahamkan berbuat demikian semata-mata kerana tamakkan wang. Di samping itu, kedua-duanya difahamkan sudah tidak mampu menjaga sepasang bayi lelaki comel berusia empat bulan itu selain mahu lari daripada tanggungjawab.
Media difahamkan, iklan menjual bayi itu mula dimuat naik ibu muda itu melalui laman web jual beli tumpuan ramai itu pada Jumaat minggu lalu. Suspek antara lain menetapkan harga sebanyak RM15,000 kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki bayi kembar terbabit.
Beberapa minit selepas itu, netizen yang menyedari iklan ‘pelik’ itu mula melemparkan kecaman di atas tindakan terkutuk suspek. Dalam sekelip mata, berita mengenai iklan itu menjadi tular menerusi media sosial termasuk menerusi aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, tindakan kurang cerdik suspek yang mengiklankan penjualan bayi itu tidak bertahan lama selepas polis Kuala Lumpur segera bertindak sebaik menerima maklumat daripada pengguna media sosial.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AYuJ8W
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment