Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kalau Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang' - Astro nafi dakwaan Fattah bersikap tidak profesional - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kalau Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang' - Astro nafi dakwaan Fattah bersikap tidak profesional

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal, menafikan dakwaan kononnya pelakon Fattah Amin bersikap tidak profesional dan tidak mahu hadir ke program TV yang dikendalikan oleh Neelofa pada malam semalam, lapor mStar Online. 
Sebaliknya Emarina berkata, Fattah sememangnya mempunyai urusan yang tidak dijangkakan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum program itu bersiaran secara langsung. 
"Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive,
"Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tetapi beberapa minit sebelum bersiaran langsung, dia terpaksa pulang sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan," katanya. 
Difahamkan, Fattah akan muncul bersama Fahrin Ahmad di program itu bagi mempromosikan drama My Coffee Prince yang disiarkan di Astro Ria. 
Emarina berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada Fattah yang sanggup memandu kereta dari Kedah untuk memenuhi undangan pihaknya. 
"Kami ingin berterima kasih kepada Fattah dan pihaknya yang sanggup memandu pagi-pagi dari Kedah untuk promosi drama terbarunya. 
"Kalau diikutkan jadual Fattah sangat padat dan dia juga terpaksa membatalkan mesyuarat penting untuk hadir ke program yang sudah dijadualkan," katanya. 
Dalam pada itu, pihak Astro juga memohon maaf mengenai status yang dimuat naik di laman Instagram rasmi program MeleTop sehingga menimbulkan perbalahan antara peminat kedua-dua pihak. 
Jelas Emarina, segala kekeliruan di antara pihak Neelofa dan Fattah juga telah diselesaikan selepas tamat program tersebut. 
"Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tetpai dia tidak dapat hadir secara langsung. 
"Kekeliruan di antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran," katanya. 
Terdahulu, Fattah didakwa tidak muncul ke program MeleTop yang dikendalikan oleh bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad. 

Dalam masa yang sama, pengurus Neelofa memuat naik tulisan berbaur sindiran di Instastory yang dipercayai ditujukan kepada pelakon berkenaan dengan dakwaan tidak profesional. 
Ekoran itu, peminat menghentam Fattah yang tidak profesional dan sehingga dituduh takut dan pengecut untuk berjumpa dengan Neelofa. 
Pada bulan Jun lalu, Neelofa juga dikecam netizen yang menganggap dirinya tidak profesional kerana enggan menjadi pengacara program yang sama ketika Fattah dan Fazura menjadi tetamu program tersebut. 


Sumber 'Kalau Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang' - Astro nafi dakwaan Fattah bersikap tidak profesional

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zc7WqR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.