Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garis Panduan Khas kendali kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilancar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garis Panduan Khas kendali kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilancar

PUTRAJAYA: Pembentukan Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Malaysia merupakan satu lagi langkah positif yang diambil dalam memastikan isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat ditangani secara efisien.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kali pertama satu Garis Panduan Khas secara bersepadu diwujudkan bagi agensi yang terlibat dalam pengedalian kes melibatkan jenayah seksual kanak-kanak.

Katanya, Garis Panduan Khas ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat mendapatkan maklumat berkaitan pengedalian kes jenayah seksual kanak-kanak serta meletakkan keutamaan dan perlindungan terbaik kanak-kanak.

Kanak-kanak selaku mangsa penderaan seksual sering mengalami trauma sebagai salah satu kesan psikologi. Umumnya menurut kajian, kesan trauma yang sering yang sering dilaporkan ialah mangsa sering merasa malu dan menyalahkan diri serta menjauhi segala bentuk interkasi sehingga ada yang takut untuk melaporkan kejadian yang dialami kepada sesiapa.

"Justeru itu, dengan adanya garis Panduan Khas ini, ianya sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan dan bantuan kepada mangsa kanak-kanak dalam memahami prosedur dan pengedalian kes yang melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Garis Panduan Khas itu.

Melalui Garis Panduan Khas ini juga mangsa kanak-kanak dapat mengetahui tatacara pengendalian saksi di Mahkamah Khas yang telah ditubuhkan di mana pengedalian saksi melibatkan kanak-kanak di Mahkamah Khas ini adalah berbeza daripada Mahkamah biasa.

Perlindungan secara total diberikan kepada mereka terutamanya daripada orang kena tuduh atau si pelaku jenayah tersebut.

Buku setebal 103 muka surat itu mengandungi empat topik utama meliputi 10 bab yang mana setiap topik diketuai oleh pihak-pihak yang pakar dalam bidang masing-masing.

Topik-topik itu terdiri daripada:

1. Topik Penerimaan Laporan Dan Siasatan diketuai oleh Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM);

2. Topik Perbicaraan diketuai oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

3. Topik Pengendalian Mangsa / Saksi Kanak-Kanak diketuai oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (AGC); dan

4. Topik Khidmat Perlindungan Dan Sokongan Kepada Saksi/Mangsa Kanak-Kanak diketuai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Sumber Garis Panduan Khas kendali kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilancar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zb7hGa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.