Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majikan tidak berhak Whatsapp pekerja lepas waktu kerja melainkan bayar gaji lebih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majikan tidak berhak Whatsapp pekerja lepas waktu kerja melainkan bayar gaji lebih

Majikan tidak berhak Whatsapp pekerja lepas waktu kerja melainkan bayar gaji lebih

Majikan tidak berhak Whatsapp pekerja lepas waktu kerja melainkan bayar gaji lebih

Penggunaan WhatsApp sememangnya memudahkan komunikasi malah mampu melancarkan urusan kerja akan tetapi arahan majikan melalui aplikasi WhatsApp selepas waktu bekerja dikatakan memberi tekanan kepada pekerja.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, apabila urusan kerja masih berlaku menerusi aplikasi WhatsApps selepas waktu pejabat, ia merupakan satu tekanan kepada pekerja serta aplikasi itu tidak sesuai digunakan untuk urusan rasmi pejabat.

“Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya.

“Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan,” tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika pekerja bekerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa tapi itu hanya terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Namun, apa yang menjadi dilema ialah arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain.

Sementara itu, pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Seorang kakitangan disebuah institut perniagaan di ibu negara berkata, sudah menjadi lumrah majikannya memberi arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media sosial.

Katanya, perkara tersebut menganggu emosinya apabila perlu memikirkan urusan kerja sewaktu dia bersama keluarga.

Selain itu, ia juga menimbulkan salah faham dalam kalangan ahli keluarganya, kerana masa berkualiti dengan mereka sering diganggu.

Dia yang turut bersetuju sekiranya pihak sumber manusia memberikan garis panduan lebih jelas mengenai batas waktu urusan bekerja sejajar dengan perkembangan dengan teknologi semasa ataupun mempunyai insiatif khas serta elaun sekiranya ada perbincangan kerja di luar waktu bertugas.

Jelasnya, dia lebih suka jika ada budi bicara diantara majikan dan pekerja dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Via: SK



Sumber Majikan tidak berhak Whatsapp pekerja lepas waktu kerja melainkan bayar gaji lebih

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zb7hpE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.