Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Awak cakap banyak, sila balik" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Awak cakap banyak, sila balik"

Malaysiakini 13/12/17

Sekumpulan penduduk Cameron Highlands berharap ada sesuatu yang positif diperolehi selepas bertemu menteri besar mereka. Sekurang-kurangnya persoalan mengenai status tanah mereka terjawab.
Bagaimanapun pertemuan dengan Datuk Seri Adnan Yaakob itu berakhir dengan kekecewaan.

Puncanya, menteri besar Pahang itu dikatakan berang dengan salah seorang penduduk terbabit yang didakwanya bercakap terlalu banyak.
Adnan kemudian mengarahkan mereka pulang selepas itu.
Diketuai Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands, Suresh Kumar, kira-kira 20 penduduk terbabit menunggu di luar pejabat Adnan di Kuantan.

Mereka berkunjung ke situ untuk mengadu masalah status hak milik tanah yang dihadapi.

Melalui keratan video dimuat naik PSM di Facebook mereka, Adnan kellihatan berhenti seketika di depan pintu masuk utama bangunan pejabat berkenaan untuk mendengar penjelasan daripada Suresh (gambar).
 Adnan kemudian membuat penjelasan mengenai isu tanah dan bagaimana kerajaan menangani ribuan permohonan pemilikan tanah.
"Kalau kita ikut prosedur.... dua tahun saja (akan selesai)," katanya.

Suresh kemudian menyatakan penduduk terbabit sudah menunggu selama 40 tahun untuk mendapatkan penyelesaian dan 10 tahun cuba mendapatkan bantuak kerajaan negeri.

"Kalau 40 tahun boleh tunggu, 10 tahun tak boleh tunggu?" katanya.
Bagaimanapun menteri besar terbabit terganggu apabila seorang wanita meluahkan kekecewaannya ketika itu.
"Awak punya banyak cakap, sila balik. OK, bye bye, vanakam, nandri," katanya sebelum beredar memasuki lobi bangunan berkenaan.

Pada 2012 Suresh pernah mengetuai sekumpulan penduduk Cameron Highlands untuk bertemu Adnan di pejabat beliau. Ia bagaimanapun tidak berakhir seperti diharapkan apabila 31 daripada penduduk terbabit ditahan polis.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ymyhyI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.