Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seremban jadi bandar raya tahun depan - MB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seremban jadi bandar raya tahun depan - MB

SEREMBAN: Seremban akan diiktiraf sebagai bandar raya tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu katanya Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai yang juga terletak dalam daerah Seremban akan digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban.

"Kita sedang menunggu bangunan baharu untuk Majlis Bandaraya Seremban beroperasi siap diubah suai.

"Bangunan ini dulunya merupakan sebuah pasar raya besar yang terletak di Rahang dan apabila siap serta beroperasi kelak, ia akan memudahkan orang ramai membuat urusan berkaitan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata Majlis Bandaraya Seremban itu akan mempunyai pejabat wilayah di sesetengah kawasan seperti Nilai, Mantin dan Rantau bagi memudahkan unit pengurusan dan penguatkuasaan menjalankan tugas.

Mohamad turut memberi jaminan kenaikan taraf Seremban sebagai bandar raya tidak akan menyebabkan kenaikan cukai pintu sekalipun kali terakhir cukai pintu disemak ialah pada 2006.

"Kenaikan cukai bukan syarat utama untuk menjadi sebuah bandar raya. Dengan itu, saya umumkan tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2018," katanya.

Beliau juga menegaskan penggabungan dua pihak berkuasa tempatan terbabit tidak akan melibatkan pengurangan tenaga kerja.

Status bandar raya itu diluluskan kerajaan persekutuan pada 2012.

Pada masa ini Majlis Perbandaran Nilai mentadbir daerah Seremban yang terletak di luar seliaan Majlis Perbandaran Seremban.

Ketika ini Malaysia mempunyai 13 bandar raya iaitu Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka, Alor Setar, Miri, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, George Town dan Iskandar Puteri.

-- BERNAMA



Sumber Seremban jadi bandar raya tahun depan - MB

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zbJAgT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.