Mengenal Dota Pro Circuit
Sebelum ini, pasukan Dota 2 mendapat jemputan terus ke kejohanan dunia The International berdasarkan prestasi mereka yang dinilai oleh Valve sendiri. Bagaimanapun, Valve tidak mempunyai sistem piawaian markah khusus jadi ia agak tidak adil kerana pasukan yang memenangi kejohanan bertaraf Major boleh ‘goyang kaki’ dan tidak perlu hadiri kejohanan lain.
Ini memberikan mereka masa agak lama untuk mengintai strategi pihak lawan dan cara mengalahkan mereka. Oleh itu, Dota Pro Circuit (DPC) diperkenalkan untuk mengatasi masalah itu. Format baru ini membahagikan kejohanan Valve kepada dua taraf iaitu Major dan Minor.
Selain itu, format ini begitu efektif kerana ia memperkenalkan sistem markah yang kemudian ditentukan oleh dua kejohanan ini iaitu Minor dan Major.
MAJOR DAN MINOR
Bagi kejohanan Major, penganjur perlu mempunyai hadiah wang tunai tersedia sebanyak AS$500,000 untuk mendapat pengiktirafan daripada Valve. Syarikat gergasi itu kemudian akan menaja jumlah yang sama menjadikan ‘kawah hadiah’ (prize pool) sebanyak AS$1 juta.
Kejohanan Major itu juga perlu menjalankan pusingan kelayakan dari enam rantau iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia Tenggara, China, Eropah dan negara bebas Komanwel (CIS). Valve juga akan menaja kejohanan Minor yang lebih kecil dengan syarat ‘prize pool’ minimum sebanyak AS$150,000.
Dua jenis kejohanan ini yang amat penting untuk pasukan profesional Dota 2 dan menjadi cabaran untuk mereka bagi mengambil bahagian dalam sebanyak mungkin kejohanan bagi mendapatkan mata tertinggi. Kini terdapat 11 Major dan 16 Minor yang dirancang sepanjang baki tahun ini dan untuk 2018 keseluruhannya.
ANTARA ISU YANG TIMBUL
Walaupun format ini kelihatan menarik untuk pasukan profesional sedia ada namun ia membawa berita buruk kepada mereka yang tidak bertaraf dunia. Hos dan Penganalisis Dota 2 Alan Bester atau lebih dikenali sebagai Nahaz menyuarakan pendapatnya dalam hal ini dalam satu temu bual bersama ESPN.
“Disebabkan masalah ekonomi melanda, kebanyakan penganjur mengurangkan slot pasukan daripada 12 hingga 16 kepada 8 hingga 10. Enam slot saja sudah diperuntukkan untuk pusingan kelayakan daripada setiap rantau. Sebagai contoh, ESL One Hamburg memberi jemputan terus kepada pemenang dan naib juara The International, Team Liquid dan Newbee,” katanya.
Nahaz berkata, jurang antara pasukan paras tinggi dan paras rendah sangat jauh kerana kekurangan slot diberikan dan ini menyebabkan kesukaran untuk mereka bermain dengan lebih kompetitif memandangkan persaingan akan menjadi jauh lebih sengit berbanding dulu.
Isu kedua pula berkaitan sistem keuntungan berdasarkan ‘crowdfunding’ yang diperoleh di dalam permainan itu sendiri. Sebagai contoh, penganjur boleh mengeluarkan satu ‘item’ digital seperti Compendium dan tiket digital bagi memperoleh keuntungan yang kemudiannya digunakan untuk menanggung kos produksi, tenaga kerja dan sebagainya.
Tapi selepas pengumuman Dota Pro Circuit, Nahaz berkata, ia tidak mungkin lagi menjadi kenyataan. “Berbeza dengan Valve, kebanyakan penganjur lain akan menghadapi kesukaran untuk membayar kos produksi dan lain-lain.
“Pemain juga perlu bermain dalam format kalah mati untuk menjimatkan kos produksi. Malah, kini terdapat satu kejohanan Major dibatalkan kerana berdepan masalah kewangan,” katanya.
Bagi penulis sendiri, pasukan Malaysia yang ingin bermain di peringkat antarabangsa akan menyuarakan kerisauan berhubung perkara ini. Pertamanya, mereka perlu menyusun jadual untuk menghadiri kejohanan tempatan dan pada masa yang sama perlu bersaing dengan pasukan terhebat Dota 2 yang tidak akan berhenti memburu mata untuk mendapat jemputan terus ke The International 2018.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AYv1g2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment