Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Kanak-kanak menangis, jururawat hamil ditendang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Kanak-kanak menangis, jururawat hamil ditendang

SEORANG wanita bertindak menendang perut seorang jururawat ketika petugas tersebut ingin memberikan suntikan kepada anaknya yang berusia empat tahun.

Video: Kanak-kanak menangis, jururawat hamil ditendang

Video: Kanak-kanak menangis, jururawat hamil ditendang

Lebih mengejutkan lagi, jururawat yang berkhidmat di sebuah hospital yang terletak di Tongshan, Hubei, China itu sedang hamil enam minggu.

Menurut South China Morning Post, jururawat yang dikenali sebagai Zhu itu meminta kanak-kanak lelaki berkenaan supaya tidak bergerak bagi memudahkan suntikan itu diberi.

Namun, kanak-kanak tersebut meraung kesakitan dengan tiba-tiba membuatkan wanita berkenaan berang dan bertindak menarik rambut serta menendang perut Zhu.

Video yang menunjukkan perlakuan wanita berkenaan turut tular di negara tembok besar itu selepas kejadian yang berlaku pada 8 Disember lalu mendapat perhatian netizen di sana.

Akibat ditendang wanita berkenaan, jururawat yang berusia 38 tahun itu terjelopok ke lantai sambil memegang perutnya dengan tangisan.

Zhu yang ketika itu mengalami pendarahan dikejarkan ke jabatan obstetrik dan ginekologi hospital yang sama.

Hasil rawatan yang dijalankan, kandungan Zhu berada dalam keadaan yang bahaya dan kemungkinan akan mengalami keguguran.

Disebabkan perbuatan wanita tersebut membuat ‘kekecohan’ di hospital berkenaan tular, suaminya turut terkena tempias.

Suaminya, Xu Lianglu yang juga seorang pegawai di jabatan pengurusan bandar berkenaan terpaksa akur apabila diberhentikan kerja akibat tindakan isterinya itu.

Dilaporkan, kes tersebut sedang berada dalam siasatan pihak polis tempatan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Video: Kanak-kanak menangis, jururawat hamil ditendang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zbw1hl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.