Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa Banjir Di Kota Belud Terus Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa Banjir Di Kota Belud Terus Meningkat



Jumlah mangsa banjir di Kota Belud meningkat kepada 1,829 orang daripada 758 keluarga setakat 9 pagi ini berbanding 409 mangsa merangkumi 157 keluarga malam tadi. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 532 orang daripada 252 keluarga ditempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said, manakala 643 orang (264 keluarga) ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi 2.

"Seramai 289 orang (78 keluarga) lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pekan dan 365 orang (164 keluarga) ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Sekolah Menengah Agama Tun Said," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, satu lagi pusat pemindahan iaitu di Dewan Kompleks Sukan Butong sedia untuk dibuka untuk penempatan mangsa selanjutnya. Setakat ini, jumlah kampung yang terjejas banjir di Kota Belud kekal 26 manakala jalan raya yang tidak dapat dilalui pula sembilan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C4sXSL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.