Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seni Orang Asli dapat penghargaan, dibawa ke Australia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seni Orang Asli dapat penghargaan, dibawa ke Australia

KUALA LUMPUR: Seorang artis komuniti Temuan, Orang Asli di Selangor, Shahar A/L Koyok mencipta sejarah tersendiri apabil terpilih untuk mengkaji seni dan karya orang asli di Galeri Kebangsaan Australia.

Pemilihan ini juga dilihat dapat mengangkat martabat budaya orang asli di Malaysia.

Shahar merupakan antara penerima Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa 2017, hari ini.

"Kajian saya memberi fokus terhadap karya-karya seni penduduk asal dalam konteks meraikan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia di samping menekankan semangat Merdeka," kata Shahar.

Selain Shahari, dua individu lain juga telah dipilih sebagai penerima geran yang sama.

Penganugerahan tersebut diumumkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzudin Shah, Sultan Perak selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka dalam satu majlis khas di Menara Berkembar Petronas, di sini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dalam ucapan baginda bertitah, Anugerah Merdeka ini bertujuan untuk memupuk budaya cemerlang, mengalakkan pemikiran berkepimpinan dan invoaso serta memperluaskan dasar pandang global.

"Bagi mewarisi legasi untuk generasi mendatang, satu-satunya cara, adalah dengan mengekalkan kejayaan Malaysia sebagai pemain global yang dinamik, berdaya saing dalam sektor yang merangkumi sains dan teknologi serta seni dan kemanusiaan.

"Tiga orang bakat muda Malaysia yang bersemangat perintis ini berpeluang mendapat manfaat daripada kerjasama bersama pakar-pakar terbaik dunia, mengumpul pengalaman berharga bagi bidang mereka dan mencari penyelesaian terbaik untuk kemaslahatan masyarakat sejagat," titah baginda.

Bagi Dr. Sophia, beliau yang berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidikan Perubatan mahu menyelidik secara terperinci dalam pengajian lipidomic dalam mendapatkan maklumat tentang risiko penyakit kardiovaskular dalam konteks tempatan.

Sementara itu, Dr. Zetty pula akan memberi tumpuan kepada kajian mengnai rumpai laut di Malaysia sebagai rawatan alternatik untuk epidemik pangkal batang yang dilihat dapat mengurangkan kulat pada kelapa sawit secara ketara.

Ketiga-tiga penerima geran ini akan menerima penempatan jangka masa pened dalam memilih dan melaksanakan projek atau program kerjasama di institusi, syarikat, agensi dan organisasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selama tiga bulan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi anak-anak syarikat Exxon Mobil, Edward E. Graham.



Sumber Seni Orang Asli dapat penghargaan, dibawa ke Australia

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2krDct7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.