Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Dua hari lepas kita baru cakap rindu sandwich awak buat, tapi harini awak dah tinggalkan kita” – Rakan mangsa nahas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Dua hari lepas kita baru cakap rindu sandwich awak buat, tapi harini awak dah tinggalkan kita” – Rakan mangsa nahas

"Dua hari lepas kita baru cakap rindu sandwich awak buat, tapi harini awak dah tinggalkan kita" - Rakan mangsa nahas

“Dua hari lepas kita baru cakap rindu sandwich awak buat, tapi harini awak dah tinggalkan kita” – Rakan mangsa nahas

Tiada yang lebih sedih dan memilukan daripada kehilangan orang tersayang. Suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu dan ataupun kehilangan sahabat yang kita sayangi. Pasti semua kenangan dan memori yang kita ada bersama mereka akan kekal terpahat dalam sanubari.

Apatah lagi bila kita sempat berbual dan merancang sesuatu untuk bergembira bersama dengan mereka tanpa kita sedari mereka akan pergi. Tiba-tiba sahaja, semua kegembiraan tersebut bagai direntap dengan ganas takala menerima khabar duka orang yang kita kenal dan sayang sudah pegi meninggalkan kita buat selamanya. Bagaimana?

Itulah yang terpaksa dilalui oleh wanita ini yang dikenali sebagai Wawa Zainal apabila kehilangan seorang sahabat yang dia sayangi dalam kemalangan yang baru sahaja berlaku pagi tadi.

Berkongsi kesedihannya melalui satu kemas kini di laman sosial Facebook, dia turut memberitahu bahawa mereka sempat menyuarakan rasa rindunya selain teringin untuk merasa masakan rakannya itu dua hari lalu.

Malah wanita itu juga turut berkongsi gurauan yang sering dilakukan bersama rakannya itu yang berhajat ingin hidup berjiran suatu masa kelak. Namun semua hajatnya bersama arwah itu tidak kesampaian apabila mendapat berita sedih mengenai kehilangan sahabat baik buat selama-lamanya pagi tadi.

Mangsa bersama suaminya maut dalam kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa tersebut kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurut pihak berkuasa, kemalangan tersebut membabitkan sebuah lori dan Proton Saga yang dinaiki oleh dua orang wanita dan seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah ketika mengesahkan kejadian tersenut memberitahu bahawa mangsa yang terkorban adalah dua orang wanita dan seorang lelaki yang menaiki kereta Proton Saga tersebut.

“Manakala pemandu lori dan kelindannya selamat.  Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Manakala jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Perak memberitahu bahawa anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar mendapat maklumat kemalangan tersebut pada jam 7.26 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta Proton Saga masuk ke dalam parit.  

“Dipercayai tiga mangsa terperangkap di dalam kereta dan bomba membantu mengeluarkan mangsa,” katanya yang turut memberitahu bahawa operasi tersebut diketuai oleh Zaipul Affendy Ahmad.

Sumber : Wawa ZainalBH Online

Via; SK



Sumber “Dua hari lepas kita baru cakap rindu sandwich awak buat, tapi harini awak dah tinggalkan kita” – Rakan mangsa nahas

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kqgcuI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.