Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pentas iktiraf lagu dakwah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pentas iktiraf lagu dakwah

Lagu Tangis Sebatang Tamar nyanyian Azmee Abdul Manaf atau Daqmie dinobatkan sebagai juara Anugerah Nasyid IKIM FM (ANI) 2014 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 10 Januari 2015.

Selepas dua tahun, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Al-Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah) kini bekerjasama menganjurkan Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Januari depan.

Ketua Pengarah IKIM Datuk Profesor Dr Azizan Baharuddin berkata, pihaknya cukup teruja menganjurkan semula Anugerah Nasyid 2017 selepas setahun merehatkannya.

“Kalau ikutkan kami bercadang nak buat acara tahunan. Namun, memikirkan kos penganjuran, ia hanya boleh dilaksanakan dua tahun sekali.

“Lagu yang akan bersaing di peringkat akhir nanti disenaraikan program Carta Nasyid IKIMfm yang bersiaran setiap Sabtu, jam 10 pagi, kendalian dan terbitan Mohd Erwan Johari,” katanya.

Anugerah Nasyid 2017 bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat industri terdiri daripada pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan semua pihak yang terbabit dalam penghasilan karya mereka.

Mohd Erwan pula menjelaskan, pada peringkat awal, pihaknya menyenaraikan 30 lagu yang dipertandingkan dalam segmen Carta Nasyid bermula Mac 2015 sehingga Mei lalu menerusi undian pendengar setiap minggu.

“Lagu yang dipertandingkan tidak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata, tapi diperluaskan juga kepada lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.

“Dengan kerjasama TV Alhijrah, kami mengadakan konsert separuh akhir Anugerah Nasyid 2017 pada 11, 18 dan 25 November lalu di Alhijrah Big Studio (ABS) Cyberjaya,” katanya.

Menerusi saringan ini, mereka mengenal pasti 10 lagu yang layak ke Anugerah Nasyid 2017 iaitu Salam nyanyian Lah Ahmad, Penyelamat (Hafiz Hamidun), Syahadah (Fadzli Fareast), Jalan Syahadah (Daqmie), Kalah Dalam Menang (Mawi menampilan Syamsul Yusof), Jangan Bimbang (Adeep Nahar, Altimet, Baba Andy, Erwan Muhibbain dan Dani Loka), Ana Muslim (Simfoni), Syamail Muhammadiah (UNIC), Jom Selawat (Heliza Helmi dan Hazwani Helmi) dan Dalam Aku (Rabbani menampilkan Black).

Sebanyak lapan kategori anugerah bakal dipertandingkan di pentas akhir iaitu Juara Anugerah Nasyid 2017, Naib Juara Anugerah Nasyid 2017, Tempat Ketiga Anugerah Nasyid 2017, Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Muzik Video Terbaik.

Sementara tiga anugerah lagi adalah Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan akan ditentukan menerusi pilihan pendengar/penonton.

The post Pentas iktiraf lagu dakwah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2o5qG82

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.