Gara-gara Rokok Elektronik Vape, Seorang Lelaki Mengalami Kecederaan Serius Selepas Vape Itu Meletup Di Wajahnya
Bagi yang berfikir vape adalah lebih selamat daripada rokok biasa anda mungkin salah sebenarnya. Buktinya, sebuah insiden telah berlaku di Idaho menunjukkan bahawa rokok elektronik sebenarnya sangat berbahaya. Seorang lelaki, Andrew Hall, 30 mengalami kecederaan yang teruk disebabkan oleh letupan vape di wajahnya.
Akibatnya, Hall mengalami kecederaan kebakaran tahap kedua dan menyebabkan dia kehilangan 7 batang giginya. Menurutnya, rokok elektroniknya meletup tanpa memberi apa-apa petanda atau amaran.
Andrew Hall, 30 tahun, telah menggunakan vape selama hampir setahun sebelum letupan itu berlaku baru-baru ini
Dalam satu laporan oleh DailyDot, ada menyatakan bahawa letupan itu telah menyebabkan peranti itu hancur di dalam mulut Hall. Perkara itu telah menyebabkan Hall kehilangan gigi dan meninggalkan parut terbakar pada pipi dan lehernya.
Nasibnya baik kerana dia segera bergegas ke unit rawatan rapi sebuah hospital berdekatan
Hall kemudian memuat naik gambar dan memberitahu akan apa yang beralku untuk mengingatkan orang lain tentang bahaya vape
Sementara itu, beberapa orang netizen menyatakan skeptisisme mengenai dakwaan Hall dengan mempersoalkan bagaimana vape itu boleh menyebabkan begitu banyak kecederaan. Hall, sebaliknya menjawab pertanyaan itu dengan menunjukkan gambar rokok elektronik tersebut yang ada di bilik mandinya dalam keadaan rosak teruk.
Hall menulis dalam statusnya:
Saya telah menggunakan vape selama setahun dan saya jamin bahawa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan (bateri betul, sentiasa ada kedai yang menyatukannya apabila saya mula-mula membelinya dan menyelenggara ia dengan betul serta mengambil nasihat mereka) tetapi ia meletup di wajah saya.
Lelaki ini pasti tidak akan menggunakan vape lagi!
Setakat ini, tiada maklumat yang jelas mengenai punca letupan itu. Walau bagaimanapun, Hall percaya ia mungkin kerana bateri yang ada dalam peranti itu.
Hall juga memberi peringatan kepada orang ramai dengan mengatakan mereka harus menilai semula atau mencari idea lain untuk merokok. Akibat pengalaman tragis ini Hall telah membuat keputusan untuk berhenti menggunakan vape dan berharap agar orang ramai juga melakukan perkara yang sama.
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Sumber: Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ymO2pn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment